Wednesday, April 5, 2017

WW ...a picture doesnt lie.

bukan aksi circus, tapi ketentuan

bukan saja saja paparkan,tapi bawa kenangan
Dalam meniti usia senja, beribu kenangan suka duka di laluinya.
Lihat anak kecil compang camping teringat dia...aku pun sama. Masa kecil zaman susah yg tak ingin sekali lagi dilaluinya. Itu tak apa sebab dia dengan jayanya lepasi itu semua. Dia bangun dari susah hidup masa kecilnya. Berkat ushanya,ibubapanya dan juga dasar kerajaan semasa.

Namun melihat gambar dan berita disekelingnya juga pengalaman masa bekerja,dia susah hati memikirkannya. Pembangunan merata rata. Sana sini projek perumahan tumbuh bagai lalang dimusim hujan. Tapi bukan untuk rakyat marhaen. Dikilang dan kedai kedai dibandar besar rupa anak watan berkurangan. Diisi oleh pendatang.Dasar kapitalis yg terang terangan. Untung juta juta jadi buruan..Berita rasuah bagai bunga sakura berkembangan. Setiap malam dalam berita jadi hiasan. Mewangi nama penerima tapi pemberi tak pula  di londehkan.

Menarik nafas panjang bila setiap hari berita berita yang disajikan memualkan.....Rasuah,salah guna kuasa dan seribu satu kesalahan. Alahai....

Tuesday, April 4, 2017

Tam...ayu dan pemalu

Hi people. Its Nina's day once again.
Hope all of you are in the brim pink of health.
Sunny Tuesday in northern Malaysia
With the sun up and smiling in the morning but come evening....gosh..it rains. pours.




RBL or Rumah Baru Lin as cikson puts it is not as chirpy as it was with Pong's demise. Mamason nampaknya tak berapa mendekati kami lagi sejak dia terkena asthma tempoh hari. Dulu Pong dia benar masuk dalam rumah dan bersenang diri di mana kami suka. Sekarang... hai..sibuk saja dia menyuruh kami keluar . Takut bulu kami masuk hidung dia agaknya.

pemalu kan..
Nina pun sunyi juga macam mana cikson rasa. Kalau mamason anak2 dia duduk jauh. Tapi nina anak2 semua mati kecuali si Tam or Hitam. Hanya dialah pengarang jantung Nina. Kemana Nina ada,disitu dia sama. Manjanya bukan main.

Tapi dia ni amat pemalu dan cepat takut dengan manusia.
Suara dia halus dan manja. Rengeknya antara kedengaran dan tidak. Kalau cikson tegur saja dia akan lari sembunyi. Hanya matanya saja yang kelihatan terkebil kebil . Tapi dia manis semanis tampuk manggis.



Tam yang hitam tapi manis.


Thats all folks.Bye.

Ninasandaq bukan Fasasandaq.


Monday, April 3, 2017

Its sunny Monday today..Good day teachers.

After so many days of gloomy sky,the sun is here again.
I found this blog on fb and would like to share . And here I go again testing my prowress in translating.


The Elephant In The (Staff) Room - Why We Need To Talk About Teacher Well being.
googled pic
 "Adalah sesuatu yang mustahil utk kita menyokong perkembangan sosial dan emosi pelajar tanpa menghirau kesihatan emosi kita sebagai guru.

Sesiapa yang telah bekerja di sekolah atau sesiapa yang mengenali seorang guru ,tahu guru selalu penat,stress dan hala tuju jadi kabur sehingga cuti sekolah yang akan datang.Kajian mendapati kerja yang bertimbun, pemantauan dan akauntabiliti  yang tinggi , ragam perangai murid yang berbagai, polisi pendidikan yang sering bertukar tukar , peraturan dan kebudayaan sekolah yang toksid adalah antara rencah yang menyumbang kepada merosotnya kesihatan emosi guru.

Jadi adalah sesuatu yang perlu disegerakan semua mengambil berat akan hal seriousnya kestabilan emosi guru. Perangkaan yang menggusarkan mengaitkan  emosi guru  dengan kerja mereka dan tentulah menyumbang kepada kehadiran bekerja, staff berhenti atau minta ditukarkan utk sesuatu sekolah khasnya dan profession guru amnya. "

Artikel yang penuh boleh baca kat SINI

perencah stress
Well... setakat tu saja effort cikson kali ni. Mengalih bahasa bukan kerja yang mudah rupanya buat seorang yang dah pencen rupanya. Urat urat medulla oblangata tak berapa nak berhubung dengan aktif akhir akhir ini. 
Coming back to my experiences as a teacher, Its suffice to say I started as a reluctant teacher but ended up being as satisfied as I could. It did take me time to savour the sweetness that teaching fraternity could offer. Being a few words personality, I could never imagine myself being a person who could talk in front of others. Huh... I ended being a teacher for teachers, supervisor and leader in my teaching career that spanned nearly 4 decades. And I had to give speeches in front of the king, the mb the teachers,parents etc etc. Teaching teachers young and old as well. Just cant imagine that..a shy personality couldnt be shy anymore.

I love teaching students and kerja kerja berkaitan bilik darjah. Semasa menyambung kembali mengajar lepas bersara,cikson seronok mengajar anak anak . Tapi hambatan tugas tugas lain rasa menghambarkan kesronokan itu. Dengan pemantauan pemantaun yg berbagai arah. Wei.. parah. Terus cikson berhenti dan berkurung di rumah..haha.
 Haha tak dapat lupa wajah supervisor dari JPN  tu...masa tu tgh menggila fail fail dan kertas sebagai eviden. Juga sistem markah on line juga. Kerja tak apa tapi sistem yg menggila.Juga bila sekolah tak dapat hantar peserta ke pertandingan... cikson kena hantar surat tunjuk sebab. Imagine sekolah yang ada 20 orang murid kena masuk pertandingan yg sama dengan sekolah yg ada 200 murid.


  Sekarang gah pula dengan abad 21 punya stuff. Abad 21 itu dan abad 21 ini. Hantar report itu ini . Guru2 jangan marah pentadbir tau kerana dulu masa mesyuarat di jabatan, sekolah yang tak hantar nama naik di screen. Mau sepuloh kali naik,tersipu sipulah malu GB itu. Itu yang bila balik sekolah naik hantu. Semua kena bamboo..Alhamdulilah cikson bukanlah GB itu. Anak buah cikson banyak membantu.

Well... hari ni tak memasak. Cuti dari dapur. Rindu pula kat makcik kantin. Bye. Have a happy teaching day teachers.

no stress nooooooooooooooo.



Sunday, April 2, 2017

Bila lalu,laju. Bila tak lalu,layu

Eh apakah dia .....Bila lalu laju,bila tak lalu,layu.
Kenderaan kah, hujan kah?
Hehe ...salah.

Bila lalu tu ialah lalu makan. Ada masa lalu saja apa saja . Sedap saja rasa makanan ditelan. Lapar saja setiasa.
Macam hari ni dan semalam.
Hari ni cikson masak asam pedas ikan kerisi,tumbuk sambal mempelam dan sayurkan bayam sepinggan juga goreng ikan goreng . Amboi laju makan nasi walau menu tidaklah hebat hebat. Dua kali tambah juga kami suami isteri.
Menjelang petang cikson teringin nak makan asam laksa. Rendam laksa sekeping, celur dan siapkan bawang besar hiris dan cili potong. Laju saja telan laksa dengan kuah asam pedas.

mee kuah pulau sayak
Semalam, utk makan malam cikson rajin pula buat kuah mee. Buat mee bodoh bodoh saja dengan apa yang ada. Habis juga 2,3 pinggan .

Sehari dua ni laju saja selera makan..Alhamdulilah.

Berbanding satu masa dulu,bila sebutir nasi pun payah nak telan. Nasi rasa macam jadam. Biar dibeli atau dimasak sendiri ,semua tolak ketepi. Last last cikli masuk hospital sebab dihidrasi. Cikson pula ke ER .Tapi yang hairan bila ciklin masak nasi goreng,mau pula makan berpinggan.

Siang tadi berderet kereta diparkir dijalan depan rumah. Ada yang sampai masuk dalam kawasan rumah.Terdengar lagu dan juga suara DJ. Rupanya diseberang jalan ada rumah kenduri .Rumah terlindung dengan tumbuh tumbuhan yang merindang.Mungkin tuan rumah tak kenal kami . Kalau tidak boleh makan nasi kenduri.
Rupanya di Perlis pun dah jadi macam ibu kota sekarang ni. Tak kenal maka tak panggil. Walau rumah seberang jalan. Masa cikson kenduri tapi buat di hall sekolah cikson pun tak ke seberang jalan. Barulah padan..
Lain kali kita kenduri,semua rumah sepanjang jalan Bohor Gonchar ni selagi suara DJ boleh dengar kita jemput tau. 

hehe...bilalah lain kalinya nak buat kenduri. Calon2 pun tak nampak batang hidung lagi.

Ikan bakar Kola

Mee kari dah lupa restoran mana

Eh..hari ni nak masak apa ya?
Jom pi Padang makan pulut ayam dan beli buah setaq , Ajak cikli walau jalan terketaq ketaq. Cikson hanya senyum tawaq...hehe.