Wednesday, February 19, 2014

Rindu

cikli balik dulu  naik sani
Dah lebih seminggu aku berada didaerah ini.Asalnya cukup seminggu baliklah aku.Tak betah aku tinggalkan no.7 lama lama.Entah entah dah melapuk dan menghabuk seinci tebal rumah comel itu.Tapi ciklin pandai pula merayu supaya mamanya tinggal lebih lama.Kesian cikli .Dia balik dulu naik sani itu hari.Kerja banyak katanya tak boleh tinggal lama lama.Lain la makcik yang free se freenya kerna dah cukup usia..tamat perkhidmatan akhirnya.Pencen la apa lagi nak kata.


Minggu ini aku masih disini.Mungkin minggu depan ciklin baru berkelapangan untuk hantar aku ke KL.Adoi terasa lamanya.Dari KL mungkin naik kelip kelip atau malindo ke Aloq Staq..Balik Kangaq.

Pagi pagi hari kerja saja aku dapat berinternet.Come evening....internet tersemput semput.Dok pusing pusing saja .Dan hari banyak ku habiskan dengan spring cleaning rumah ciklin walau ciklin selalu menegahnya.

Mama ni relax la...bercutilah..katanya setiap kali lihat aku menyental lantai atau mengemop jubin.
Dah lip lap rumah dia.luar dalam atas bawah..hehe.

Sat lagi cik buatla....katanya bila melihat aku melipat kain baju,membasuh pinggan.

Kalau mama dok saja tak buat apa apa lagi cepat mama nak balik.Tentu bosan dok melangut saja.

2 kali dah makan kat sini
Petang hari bila ciklin habis kerja baru kami ke Kuantan ...jalan jalan,makan makan atau beli belah.Teringin nak ke felda jumpa saudara masih tak kesampaian. Entah bila la nak sampai sana.


Rindula ..apa cerita si squirrel.Entah entah dah tak kenal mama.
Cikli pula ....makcik tak bimbang sangat sbb keliling dia sanak saudara ramai.Ada ibubapa,ada adik abang dan paling best ada ninasandaq...hehe.



Dua dua yang ku kasihi...



Tuesday, February 18, 2014

Awas ......jangan jadi mcm kami


 Sepatutnya kami membeli pokok pokok disini....sebuah tempat yang jenuh mendaki...namanya tak ku ingati.
cantik menawan

banyak pilihan

segar bugar

 Tapi kami ingin survey lagi...mana tahu dapat pilihan yang menarik hati...

Haha....bacalah apa yang terjadi.......

Lelong lelong lima minit saja.Lima minit saja....pekik apek separuh umur .
3 kotak 20 ringgit.3 kotak 20 ringgit.Mari mari....5 minit saja.Lepas lima minit tak ada lagi dah.

Masih terngiang ngiang laungan suara apek yang sibuk mundar mandir ditengah tengah kesibukan pelancong.Aku rasa semua pembeli ada disitu bukan penduduk tetap..semua pelancong yang mungkin senang dikelentong.

Dengar phrasa 8 bungkus 10 ringgit macam magnet menarik perhatian kami ke warung dia.Suara nya yang lantang menenggelam hiruk pikuk disitu.

Aku beli 3 paket strawberry yang tak diberi kami buat pilihan.Katanya semua manis manis.Aku ikut saja apa yang dia pilih kerana nampak buah buah itu besar dan fresh.Fine.
Tiba tiba tak lama kemudian selepas habis tempoh lelong 5 minit....ada lagi lelong 5 minit.Terkena aku.

Jagung 5 ringgit satu longgok....cikli termakan umpan.Sekali lagi dia yang pilih.Kami tak dibenar menyelak daun daun jagung utk melihat isi nya.Duit 10.00 cikli hulurkan.Menunggu untuk dikembalikan lebihan macam menunggu bulan jatuh.Akhirnya cikli bersuara....
Tauke...tadi saya bagi 10.00.Mana lebih 5.00 ringgit lagi.
Haiya....mana ada...itu jagung 10.00 ma..
Hah.....tadi yang kau cakap 5.00 tu apa....Lihat permainan dia.Pulas pusing cakap macam apa.Sebab tak mau bertekak dan masa lihat dekat gerai lain pun selunggok 10.00 kami akur saja.Biaq pi la kat dia.Malas nak bertekak.Tapi cara dia mengabui mata orang amat licik sekali.Terkilan juga rasa.

Mataku terpandang ubi keledek yang berlabel 10.00 2 kilo.Aku tanya pekedai boleh beli sekilo.Selepas membungkus dan duit ku hulur.10 ringgit.Aku menunggu.
Eh...kenapa dia buat kerja lain.Mana duit lebihan ku.
Excuse me....tadi saya beri awak 10.00 ringgit.Ini barang 5 ringgit.Awak kena pulangkan balik 5 ringgit dekat saya.
Dia macam hendak tak hendak menarik not not kecil dari seluarnya dan memulangkan lebihan 5 ringgit kepada ku.
Wah....macam ni agaknya mereka berniaga.Jadi pelancong separuh usia macam kami mangsa.Cikli ditipu apek tua dan makcik hampir terkena dgn cikbangla.

So lain kali bila berbelanja di KEA FARM,Cameron Highlands kenalah awas dan siap sedia.Jangan terpedaya.


seminggu saja dah luruh ke bumi
eh...dimana ya ini dibeli..
Dah lebih seminggu kami lalu disitu.Beratus rasanya ciklin belanja .Ada sayur yang layu ditangkai madu bila sampai rumah.Ada bunga yang hanya tahan seminggu...walau pekedai beria tahannya berminggu minggu.Jagung madu yang tak berapa madunya dah siap dimakan dan digorengkan.Ubi keledek mmg awesome.Manis melecaih walau hanya direbus.

Awas ya ...jangan senang kena buli...bila berbelanja disini.

Monday, February 17, 2014

Humphrey who?

view from my window
Holed up on the 3rd floor apartment of the staff  housing means that I seldom meet any species of my own on a regular basis.Been staying here for a week and my visitor was only cikten who made the journey from KL by bus this weekend.Such a pleasure to have her over.We cooked kotiau sup for lunch and had that too for dinner...heaven till the last drop especially that concoction of sambal kicap that cikten made.Got to ask her for the exact recipe.

Cikten had since went back to the capital and here I am alone again in this room facing the mini arena of the complex.Consolation is ....I have Humphrey with me.

Humphrey? ....humhrey who?...lecturer ,doctor,lawyer,pilot,director atau ahli musik....

Dia pemalu,pendiam dan gebu.Matanya bila merenung nampak sayu.Siapa terpandang harus terpaku.


Humphrey....I called to him.Well,as a shy four legged being he scuttled to the safety of the bed in ciklin's room.I coaxed him to come out but he retreated further inside.Eh pemalunya jantan sekor ni..I thought.And I long for my own bushy tailed squirrel whom I left at no.7 ...hundreds of kilometres away.
jejaka perasan



Humphrey....I called to him.But humphrey was more interested in the birds flying merrily and freely outside the window.Once a while,a pair or two would perch on the ledge of the house.Chirping loudly much to the consternation of fifi...humphrey for short.
I noticed that the birds would always come in pairs...

merenung ke alam jadi hiburan

ehh  kenapa tak muat badan ku ini....cari jalan keluar berjalan.
Ehh...kalau aku dapat tak taulah apa aku nak buat....mungkin itu dia berangan.I saw the fire in his eyes .

Fifi...nak tackle anak dara orang kena pandai ambil hati....
Lagi satu birdie tu dah ada hubby....

Thursday, February 13, 2014

Time tunnel....di sini kenangan lalu datang menyerbu

Dah tiga empat kali cikson naik ke Cameron tetapi inilah kali pertama menjejak kaki ke sini.Time Tunnel nama tempat diberi.Ribuan artifak zaman yang dah lama ditinggalkan,menggamit kenangan utk di coretkan...

Menyelusuri jalan pulang,ciklin buat suggestion melihat apa yang ada disitu.Terpegun aku lihat barang barang lama yang berzaman itu.Beribu ribu jumlahnya yang pasti si pemunya menyimpan sekian lama.Kagum aku.

Let me go down memory lane dengan barang barang yang dipamer di situ.Semoga bila aku telah tiada,anak cucu dapat tahu apa yang aku lalui zaman 4,5,6 dekad lalu...

membeli tiket lima ringgit seorang harganya.

di pintu masuk pun dah banyak yang dipamerkan....ada tempayan ali baba

inilah kerjaya tokwan mat ....tapi bukan disini tempatnya


atas para rumah JPL tempatnya....tokwan punya harta pusaka



 belajar + - bahagi darab   semua ada


tv pertama buat tokton gembira walau tiada warna

tempayan ini menyimpan sejarah....silap silap jadi arwah

ni beg sekolah....tapi bila letak selalu rebah

dari karung jadi selimut.... ha..jgn terkejut.

pintu rumah kayu dulu dulu..


penyedap makanan masa dulu....risiko tak pernah ambil tahu.

mai mana nyonya yang ini.Ramah orangnya melayan pembeli

suis lampu rumah JPL ...tup tap bila petik


belajar knitting atau mengait masa tingkatan satu

beg sekolah yang tak mahu naik bas yang mama cerita dulu.Tu yang tengah tu.Diberi nama beg peti...


mistin tokwan antara yang dipamer di situ

 Kalau nak cerita satu persatu satu...hmm tak kuasa mama nak lakukan.Pergilah ke sini kalau ke Cameron.Jamu mata singkap sejarah.Lagipun tiketnya murah..



selepas penat....singgah sebentar dikafe bersebelahan .Basahkan tekak dgn kopi secawan