Tuesday, February 18, 2014

Awas ......jangan jadi mcm kami


 Sepatutnya kami membeli pokok pokok disini....sebuah tempat yang jenuh mendaki...namanya tak ku ingati.
cantik menawan

banyak pilihan

segar bugar

 Tapi kami ingin survey lagi...mana tahu dapat pilihan yang menarik hati...

Haha....bacalah apa yang terjadi.......

Lelong lelong lima minit saja.Lima minit saja....pekik apek separuh umur .
3 kotak 20 ringgit.3 kotak 20 ringgit.Mari mari....5 minit saja.Lepas lima minit tak ada lagi dah.

Masih terngiang ngiang laungan suara apek yang sibuk mundar mandir ditengah tengah kesibukan pelancong.Aku rasa semua pembeli ada disitu bukan penduduk tetap..semua pelancong yang mungkin senang dikelentong.

Dengar phrasa 8 bungkus 10 ringgit macam magnet menarik perhatian kami ke warung dia.Suara nya yang lantang menenggelam hiruk pikuk disitu.

Aku beli 3 paket strawberry yang tak diberi kami buat pilihan.Katanya semua manis manis.Aku ikut saja apa yang dia pilih kerana nampak buah buah itu besar dan fresh.Fine.
Tiba tiba tak lama kemudian selepas habis tempoh lelong 5 minit....ada lagi lelong 5 minit.Terkena aku.

Jagung 5 ringgit satu longgok....cikli termakan umpan.Sekali lagi dia yang pilih.Kami tak dibenar menyelak daun daun jagung utk melihat isi nya.Duit 10.00 cikli hulurkan.Menunggu untuk dikembalikan lebihan macam menunggu bulan jatuh.Akhirnya cikli bersuara....
Tauke...tadi saya bagi 10.00.Mana lebih 5.00 ringgit lagi.
Haiya....mana ada...itu jagung 10.00 ma..
Hah.....tadi yang kau cakap 5.00 tu apa....Lihat permainan dia.Pulas pusing cakap macam apa.Sebab tak mau bertekak dan masa lihat dekat gerai lain pun selunggok 10.00 kami akur saja.Biaq pi la kat dia.Malas nak bertekak.Tapi cara dia mengabui mata orang amat licik sekali.Terkilan juga rasa.

Mataku terpandang ubi keledek yang berlabel 10.00 2 kilo.Aku tanya pekedai boleh beli sekilo.Selepas membungkus dan duit ku hulur.10 ringgit.Aku menunggu.
Eh...kenapa dia buat kerja lain.Mana duit lebihan ku.
Excuse me....tadi saya beri awak 10.00 ringgit.Ini barang 5 ringgit.Awak kena pulangkan balik 5 ringgit dekat saya.
Dia macam hendak tak hendak menarik not not kecil dari seluarnya dan memulangkan lebihan 5 ringgit kepada ku.
Wah....macam ni agaknya mereka berniaga.Jadi pelancong separuh usia macam kami mangsa.Cikli ditipu apek tua dan makcik hampir terkena dgn cikbangla.

So lain kali bila berbelanja di KEA FARM,Cameron Highlands kenalah awas dan siap sedia.Jangan terpedaya.


seminggu saja dah luruh ke bumi
eh...dimana ya ini dibeli..
Dah lebih seminggu kami lalu disitu.Beratus rasanya ciklin belanja .Ada sayur yang layu ditangkai madu bila sampai rumah.Ada bunga yang hanya tahan seminggu...walau pekedai beria tahannya berminggu minggu.Jagung madu yang tak berapa madunya dah siap dimakan dan digorengkan.Ubi keledek mmg awesome.Manis melecaih walau hanya direbus.

Awas ya ...jangan senang kena buli...bila berbelanja disini.

2 comments:

  1. Depa tau orang pi melancong ni banyak duit... senang nak berbelanja.....
    orang tak islam... nak untung ja.....
    tapi yang heran orang Islam pun ada jugak lagu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,
      betul...bangla tu Islam tapi dia ikut cara tauke dia berniaga.Niat nak kelentong mmg ada.Duit lebih dia buat lupa....apa raaaa.

      Delete