Menyelusuri jalan pulang,ciklin buat suggestion melihat apa yang ada disitu.Terpegun aku lihat barang barang lama yang berzaman itu.Beribu ribu jumlahnya yang pasti si pemunya menyimpan sekian lama.Kagum aku.
Let me go down memory lane dengan barang barang yang dipamer di situ.Semoga bila aku telah tiada,anak cucu dapat tahu apa yang aku lalui zaman 4,5,6 dekad lalu...
membeli tiket lima ringgit seorang harganya. |
di pintu masuk pun dah banyak yang dipamerkan....ada tempayan ali baba |
inilah kerjaya tokwan mat ....tapi bukan disini tempatnya |
atas para rumah JPL tempatnya....tokwan punya harta pusaka |
belajar + - bahagi darab semua ada |
tv pertama buat tokton gembira walau tiada warna |
tempayan ini menyimpan sejarah....silap silap jadi arwah |
ni beg sekolah....tapi bila letak selalu rebah |
dari karung jadi selimut.... ha..jgn terkejut. |
pintu rumah kayu dulu dulu.. |
penyedap makanan masa dulu....risiko tak pernah ambil tahu. |
mai mana nyonya yang ini.Ramah orangnya melayan pembeli |
suis lampu rumah JPL ...tup tap bila petik |
belajar knitting atau mengait masa tingkatan satu |
beg sekolah yang tak mahu naik bas yang mama cerita dulu.Tu yang tengah tu.Diberi nama beg peti... |
mistin tokwan antara yang dipamer di situ |
Kalau nak cerita satu persatu satu...hmm tak kuasa mama nak lakukan.Pergilah ke sini kalau ke Cameron.Jamu mata singkap sejarah.Lagipun tiketnya murah..
selepas penat....singgah sebentar dikafe bersebelahan .Basahkan tekak dgn kopi secawan |
Makchaq anak beranak suka tengok benda lama ni....memang peminat muzium..
ReplyDeleteTapi teringat lama...dulu kami pi pi melawat muzium kat melaka.. bawak arwah tok.. penat kot lepas kerabat a ' famosa teruih berletiaq. .'kalau setakat nak tengok pinggan pecah, kuali retak, tempayan buruk... kat rumah kita pun berlambak...'
makchaq,
Deletehaha...org tua tua mmg lucukan.Dkt rumah pun dah sedia ada muzium.Tapi kan kat Time Tunnel ,Cameron Highlands mmg nostalgia buat saya yang umur 60 and above.Barang barang kat situ adalah apa yang kita pakai masa zaman kanak kanak dan ramaja.Terimbau kenangan zaman dulu.