Wednesday, February 19, 2014

Rindu

cikli balik dulu  naik sani
Dah lebih seminggu aku berada didaerah ini.Asalnya cukup seminggu baliklah aku.Tak betah aku tinggalkan no.7 lama lama.Entah entah dah melapuk dan menghabuk seinci tebal rumah comel itu.Tapi ciklin pandai pula merayu supaya mamanya tinggal lebih lama.Kesian cikli .Dia balik dulu naik sani itu hari.Kerja banyak katanya tak boleh tinggal lama lama.Lain la makcik yang free se freenya kerna dah cukup usia..tamat perkhidmatan akhirnya.Pencen la apa lagi nak kata.


Minggu ini aku masih disini.Mungkin minggu depan ciklin baru berkelapangan untuk hantar aku ke KL.Adoi terasa lamanya.Dari KL mungkin naik kelip kelip atau malindo ke Aloq Staq..Balik Kangaq.

Pagi pagi hari kerja saja aku dapat berinternet.Come evening....internet tersemput semput.Dok pusing pusing saja .Dan hari banyak ku habiskan dengan spring cleaning rumah ciklin walau ciklin selalu menegahnya.

Mama ni relax la...bercutilah..katanya setiap kali lihat aku menyental lantai atau mengemop jubin.
Dah lip lap rumah dia.luar dalam atas bawah..hehe.

Sat lagi cik buatla....katanya bila melihat aku melipat kain baju,membasuh pinggan.

Kalau mama dok saja tak buat apa apa lagi cepat mama nak balik.Tentu bosan dok melangut saja.

2 kali dah makan kat sini
Petang hari bila ciklin habis kerja baru kami ke Kuantan ...jalan jalan,makan makan atau beli belah.Teringin nak ke felda jumpa saudara masih tak kesampaian. Entah bila la nak sampai sana.


Rindula ..apa cerita si squirrel.Entah entah dah tak kenal mama.
Cikli pula ....makcik tak bimbang sangat sbb keliling dia sanak saudara ramai.Ada ibubapa,ada adik abang dan paling best ada ninasandaq...hehe.



Dua dua yang ku kasihi...



4 comments:

  1. Seronoknya bila dah pencen. Boleh santai mana-mana lama mana pun boleh cuma itulah rasa rindu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,
      Time pencen rasanya the best part of life kalau tak ada sakit demem dan hutan piutan.Liberating.Tak kena traffic jam atau punch in serta mesyuarat berjela jela serba maneka...kan.

      Delete
  2. Mujur cikli dgn ninasandaq berekor kalaulaaa nina sandaq yg u know who....
    Paghah.....
    Selamat bercuti... Otw balik dari kuantan singgahlaaaa temerloh pekena patin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak,
      haha...ninasandaq dgn cikli cukup kamceng dan setia.Kdg kdg rasa kalau dia manusia dah tentu jadi bini no2.

      kalau ikut hati mmg teringin nak pi makan kat situ.Takut masa lalu hari dah kelam.

      Delete