Thursday, January 9, 2014
Cerita mereka buat nafas panjang ku hela
Pagi pagi lepas subuh cikson selalunya baca berita,forum dan juga fb.Nak tahu perkembangan terkini juga berita anak anak diluar negeri.
Antara headlines dalam latest headlines ....America in Deep Freeze.Seriau @ seram tengok gambar dan video bagaimana the land of uncle Sam membeku akibat Polar Vortex...Terimbau kenangan berabad dulu masa berkursus di Scotland.Baru -4 dah terasa nak pecah gegendang telinga dan dada.Bagaimana kami berhimpit himpit tidur dalam suhu sejuk akibat tiada radiator dalam apartment di London.Itu pun tak dapat mengubah keadaan....sejuk ke tulang hitam.
Tertengok CNN....baju tshirt boleh didirikan akibat sejuk nya suhu.Frostbite dikaki yang membiru...Air terjun yang membeku...bila suhu menjunam mencecah -40.Dengan wind chill lagi tu...
Itu di negeri Obama.Mereka kaya raya,berkuasa.Tentu mereka boleh atasi semua dugaan ini dgn jaya.
Adik 'syiling' dia diberi gelaran.Gadis cilik 7 tahun yang membayar yuran dengan syiling 60 ringgit lebih juga menarik perhatian..Seusianya dah ada kesedaran untuk tidak mengharap merayu bila berkeperluan.Sunggoh menyentuh perasaan.Dan semasa berkhidmat dulu banyak juga keadaan seakan serupa yang terjumpa.Menangis ditangga bila tak ada duit buat belanja.Orang lain riang dikantin,dia hanya dapat melihat saja.Juga sudah berminggu,ada yang masih tiada apa apa....nak buat macam mana.Sedangkan untuk sesuap nasi pun belum tentu ada ,inikan pula nak beli pensel dan sebagainya.Kesian mereka.
Kisah pensyarah yang membunuh isteri dan dirinya juga buat aku tertanya tanya..Orang yang diam,tiada langsung tempat untuk mencurah rasa adakalanya memang menjurus kepada keganasan.Teringat kisah seorang GB yang memang baik .Tak ada langsung buruk tentang didrinya.Lemah lembut,berbudi bahasa.Hingga satu hari suaranya terdengar memecah sampai angkasa...
Bersyukur aku .Diberi Allah kekuatan walau banyak cabaran datang berderet deretan.
Tapi cerita pegawai JPN Perlis ditumbuk guru di Pdg Besar buat aku tertanya tanya...betul ke? Apa cerita 30 pegawai pergi memantau sebuah sekolah sekali gus...
Oh well....cerita mereka buat aku menghela nafas panjang...sigh.
Wednesday, January 8, 2014
Mengimbau kenangan...buku hijau makcik
Semasa menyemak data di stat kerap kali berjumpa dengan pengunjung blog yang singgah ke Thru Ups n Downs kerana post post berkaitan P&P.
P&P ....natang apa tu?
Eh..cikli marah benar bila cikson kata natang.
Natang tu dlm loghat cikson adalah digunakan utk benda maujud,topik,haiwan dan juga manusia adakalanya.
Ya la ...manusia pun boleh dibahasakan binatang kalau ada ciri ciri bukan manusia dalam dirinya.Itu kalau loghat makcik la..
Natang apa makcik dok bebel ni...tak masuk lagi dalam tajuk .
Oh ya .... masa nak kemas buku buku terjumpalah saki baki buku log yang makcik guna masa nak mesyuarat .Masa makcik kena jadi pengerusilah..Jadi AJK tak lah makcik sediakan draft dan sebagainya.
Buku A4 kulit keras warna hijau makcik belek...
| buku hijau cikson |
Rupanya buku ini merakam apa makcik buat masa mesyuarat mesyuarat penting dalam perkhidmatan.Kata pun makcik ni bukan orang yang pandai bercakap.So kena plan awal awal lah apa butir bicara makcik nak sampaikan pada ahli mesyuarat.Ada kala seminggu sebelum mesyuarat makcik dah buka /plot rangka dia.Dan catatan makcik akan berkembang dari hari kehari sehingga mesyuarat bermula...
Jadi dalam mesyuarat tu boleh kata semua berjalan lancar.Tak ada masa nak mengurat...Sapa tak pay attention...ha kena tuju soalan.Mau terkapa kapa.Tu yang depa kata cikson strict .hehe.
Dan baiknya bila tahun depan nak mesyuarat macam tu juga makcik dah ada rough idea apa nak buat...hanya up to datekan saja..
Actually ada 3,4 buku macam tu...samada dah selamat ditolak ke kedai recycle atau kembang dek banjir kurang pasti lah pula.
Dan lagi satu buku utk makcik plot /bahagi kerja pada anak buah pun entah kemana dah tak jumpa.Juga buku berkaitan prestasi kerja guru guru...Interesting tau.
Nah ... snapshot bhg bhg dlm buku A4 kulit keras warna hijau yang simpan rahsia seorang GB yang tak pandai bercakap on the spot...semua kena rancang...haha.Gelihati juga bila ingatkan.Tapi itu semua nostalgia.
| Add caption |
| Add caption |
| Add caption |
Hmmm rasanya masa terdekat ni makcik kena adakan sebuah buku utk rancang aktiviti juga...ssssh nanti ya.
Monday, January 6, 2014
Dah lah mahal...kena buka mata luas luas pula
Petang tadi ciklicikson menuju Arau utk grocery shopping.Nak ke AS tgh sejuk gedi...eh eh jauh terasa.So we settled for Cmat..konon konon nak jimat duit petrol la konon.
Sejam dua disana,berbekalkan belian yang dibeli kami singgah Andaman tapi bukan laut utk makan malam.Dah settle everything dan rehat sebentar cikson buat operasi simpan barang barang yang dibeli.Nesacfe dalam bekasnya,asam jawa dalam balangnya dan bawang dalam goboknya.
Selepas menuang bawang didalam bekas,cikson belek tag diatas pembungkus.Eh... apa kono bawang jadi cabai kering sdgkan cabai kering masih dalam pembalut.Dan harga utk bawang itu adalah 9.00 lebih.Walhal masa cikson belek harga tadi terpampang 1.90 per kilo..Ikut kiraan cikson bawang tu tak lebih 2.00 saja.
Rupanya cik akak yang timbang barang tu dah tag bawang cikson jadi cabai kering! Masa dia timbang cikson tak berapa perhati sbb banyak barang.Lagi pun tak pakai spek semua tulisan jadi blurrrrr.
Cikson keluarkan resit dan scan semua barang..Lihat tu semua barang spt kentang,bawang,cili dia rangkum jadi dry food.Mana kita dapat agak apa dia kalau tengok sekali imbas.Agaknya senang dia nak kelirukan orang agaknya.
Lain kali kalau berbelanja diCmat Arau kena buka mata besar besar masa depa timbang dan label barang kita.Jangan pisang berbuah dua kali.
Besok macam nak suruh cikli pergi balik kedai tu jumpa manager .Dahla harga barang mahal,dekat display lain,dalam resit lain...timbang pun lain..
Dan satu pengajaran buat makcikson....buka mata luas luas masa pilih,masa timbang dan masa bayar...Dah lah duit tu rompong sana sini... kena pula mcm ni..Lu apa criiiiita!
| sebahagian pembelian @ nearly 200.00 |
Sejam dua disana,berbekalkan belian yang dibeli kami singgah Andaman tapi bukan laut utk makan malam.Dah settle everything dan rehat sebentar cikson buat operasi simpan barang barang yang dibeli.Nesacfe dalam bekasnya,asam jawa dalam balangnya dan bawang dalam goboknya.
| nanti kita susun elok elok ya |
Rupanya cik akak yang timbang barang tu dah tag bawang cikson jadi cabai kering! Masa dia timbang cikson tak berapa perhati sbb banyak barang.Lagi pun tak pakai spek semua tulisan jadi blurrrrr.
| cabai kering @ 2.70...masuk akal lah |
| bawang merah at 9.79...ada betulke |
Cikson keluarkan resit dan scan semua barang..Lihat tu semua barang spt kentang,bawang,cili dia rangkum jadi dry food.Mana kita dapat agak apa dia kalau tengok sekali imbas.Agaknya senang dia nak kelirukan orang agaknya.
| dry food and leafy vegetables |
Lain kali kalau berbelanja diCmat Arau kena buka mata besar besar masa depa timbang dan label barang kita.Jangan pisang berbuah dua kali.
Besok macam nak suruh cikli pergi balik kedai tu jumpa manager .Dahla harga barang mahal,dekat display lain,dalam resit lain...timbang pun lain..
Dan satu pengajaran buat makcikson....buka mata luas luas masa pilih,masa timbang dan masa bayar...Dah lah duit tu rompong sana sini... kena pula mcm ni..Lu apa criiiiita!
ROMPONG
Dah lama masakan makcik tak guna belacan..Juga anything 'itchy' would be censored. Lebih lebih lagi masa tt ada dirumah.Entah macamana masa makan kat monadikoma terbeli belacan dekat satu stall kat situ.
Semalam cikson masak gulai kepala ikan berbendi,ikan goreng, sayur sawi dan sambal belacan.Cikson masukkan sekeping belacan yang ditumbuk bersama cili padi.
Rompong hidung ....kata tt kalau makcik masukkan belacan dalam masakan.
Tapi semalam cikli kata sedapppp.Lebih lebih lagi ada ikan kembung bakar buat cicah.
Dan tak lama kemudian tangan tak berhenti menggaru hidung yang gatal...
Rompong bekalan kegunaan harian no.7 belum di beresi.Ini tak ada itu tak ada.Tapi nak keluar cikson rasa malas sekali.Dok bertagak dari 4,5 hari dulu lagi.Akibat keputusan nescafe cikson dah beberapa pagi tak bersarapan pagi dgnnya.Ada lah juga rasa out of rhythm.Asyiklah duk minum kopi o piau yang makcik beli dari stall yang jual belacan dan pekasam itu.OK pun...
Cikli dah ajak makcik keluar beli barang keperluan...Ist grocery shopping for 2014.Nanti bolehlah makcik banding harga ....
Tapi duit bayak dah rompong .Bagaimana?
Kesian juga dengar cerita anak yang rompong budget utk bulan ni...
Cikli pun.....
Apa yang makcik boleh kata....no.Menaip posting juga ni menyiksa jiwa.Asyik dok melompat sana sini perkataan perkataan yang ditaip..
Lu apa creeeeta?.....tanya makcik pada keyboard.Habis rompong tulisan aku...
Anda bagaimana? Tak terasa ke ada kerompongan dalam hidup seharian..Orang gomen tentu gembira dapat bonus ye..selagi duit di wallet belum rompong..ingat dunia.hehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)