Thursday, January 9, 2014
Cerita mereka buat nafas panjang ku hela
Pagi pagi lepas subuh cikson selalunya baca berita,forum dan juga fb.Nak tahu perkembangan terkini juga berita anak anak diluar negeri.
Antara headlines dalam latest headlines ....America in Deep Freeze.Seriau @ seram tengok gambar dan video bagaimana the land of uncle Sam membeku akibat Polar Vortex...Terimbau kenangan berabad dulu masa berkursus di Scotland.Baru -4 dah terasa nak pecah gegendang telinga dan dada.Bagaimana kami berhimpit himpit tidur dalam suhu sejuk akibat tiada radiator dalam apartment di London.Itu pun tak dapat mengubah keadaan....sejuk ke tulang hitam.
Tertengok CNN....baju tshirt boleh didirikan akibat sejuk nya suhu.Frostbite dikaki yang membiru...Air terjun yang membeku...bila suhu menjunam mencecah -40.Dengan wind chill lagi tu...
Itu di negeri Obama.Mereka kaya raya,berkuasa.Tentu mereka boleh atasi semua dugaan ini dgn jaya.
Adik 'syiling' dia diberi gelaran.Gadis cilik 7 tahun yang membayar yuran dengan syiling 60 ringgit lebih juga menarik perhatian..Seusianya dah ada kesedaran untuk tidak mengharap merayu bila berkeperluan.Sunggoh menyentuh perasaan.Dan semasa berkhidmat dulu banyak juga keadaan seakan serupa yang terjumpa.Menangis ditangga bila tak ada duit buat belanja.Orang lain riang dikantin,dia hanya dapat melihat saja.Juga sudah berminggu,ada yang masih tiada apa apa....nak buat macam mana.Sedangkan untuk sesuap nasi pun belum tentu ada ,inikan pula nak beli pensel dan sebagainya.Kesian mereka.
Kisah pensyarah yang membunuh isteri dan dirinya juga buat aku tertanya tanya..Orang yang diam,tiada langsung tempat untuk mencurah rasa adakalanya memang menjurus kepada keganasan.Teringat kisah seorang GB yang memang baik .Tak ada langsung buruk tentang didrinya.Lemah lembut,berbudi bahasa.Hingga satu hari suaranya terdengar memecah sampai angkasa...
Bersyukur aku .Diberi Allah kekuatan walau banyak cabaran datang berderet deretan.
Tapi cerita pegawai JPN Perlis ditumbuk guru di Pdg Besar buat aku tertanya tanya...betul ke? Apa cerita 30 pegawai pergi memantau sebuah sekolah sekali gus...
Oh well....cerita mereka buat aku menghela nafas panjang...sigh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau baca paper, tengok berita memang stress dgn cerita zaman skang...menakutkan...
ReplyDeleteCikgu..
ReplyDeleteLagi saya terkejut ada murid dah cangkul kepala cikgunya yg menegur
Murid tu berambut kaler merah...
Salah didikan ibubapa atau budak tu mmg samseng?
Taktahulaaa apa dah jadi anak murid sekarang.. Kurang ajar dan tak hormat cikgu.
Kita dulu sangat hormat dan takut pada cikgu kita.