Semasa menyemak data di stat kerap kali berjumpa dengan pengunjung blog yang singgah ke Thru Ups n Downs kerana post post berkaitan P&P.
P&P ....natang apa tu?
Eh..cikli marah benar bila cikson kata natang.
Natang tu dlm loghat cikson adalah digunakan utk benda maujud,topik,haiwan dan juga manusia adakalanya.
Ya la ...manusia pun boleh dibahasakan binatang kalau ada ciri ciri bukan manusia dalam dirinya.Itu kalau loghat makcik la..
Natang apa makcik dok bebel ni...tak masuk lagi dalam tajuk .
Oh ya .... masa nak kemas buku buku terjumpalah saki baki buku log yang makcik guna masa nak mesyuarat .Masa makcik kena jadi pengerusilah..Jadi AJK tak lah makcik sediakan draft dan sebagainya.
Buku A4 kulit keras warna hijau makcik belek...
buku hijau cikson |
Rupanya buku ini merakam apa makcik buat masa mesyuarat mesyuarat penting dalam perkhidmatan.Kata pun makcik ni bukan orang yang pandai bercakap.So kena plan awal awal lah apa butir bicara makcik nak sampaikan pada ahli mesyuarat.Ada kala seminggu sebelum mesyuarat makcik dah buka /plot rangka dia.Dan catatan makcik akan berkembang dari hari kehari sehingga mesyuarat bermula...
Jadi dalam mesyuarat tu boleh kata semua berjalan lancar.Tak ada masa nak mengurat...Sapa tak pay attention...ha kena tuju soalan.Mau terkapa kapa.Tu yang depa kata cikson strict .hehe.
Dan baiknya bila tahun depan nak mesyuarat macam tu juga makcik dah ada rough idea apa nak buat...hanya up to datekan saja..
Actually ada 3,4 buku macam tu...samada dah selamat ditolak ke kedai recycle atau kembang dek banjir kurang pasti lah pula.
Dan lagi satu buku utk makcik plot /bahagi kerja pada anak buah pun entah kemana dah tak jumpa.Juga buku berkaitan prestasi kerja guru guru...Interesting tau.
Nah ... snapshot bhg bhg dlm buku A4 kulit keras warna hijau yang simpan rahsia seorang GB yang tak pandai bercakap on the spot...semua kena rancang...haha.Gelihati juga bila ingatkan.Tapi itu semua nostalgia.
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Hmmm rasanya masa terdekat ni makcik kena adakan sebuah buku utk rancang aktiviti juga...ssssh nanti ya.
Tulisan cikgu cantik...
ReplyDeleteMaklumlah.... Cikgu...
Suka tgk...
itu sajalah yang orang kata makcik cantik...ooops tulisan cantik.(Gelak sambil tutup mulut.)
Delete