Monday, January 6, 2014

Dah lah mahal...kena buka mata luas luas pula

Petang tadi ciklicikson menuju Arau utk grocery shopping.Nak ke AS tgh sejuk gedi...eh eh jauh terasa.So we settled for Cmat..konon konon nak jimat duit petrol la konon.

sebahagian pembelian @ nearly 200.00

Sejam dua disana,berbekalkan belian yang dibeli kami singgah Andaman tapi bukan  laut utk makan malam.Dah settle everything dan rehat sebentar cikson buat operasi simpan barang barang yang dibeli.Nesacfe dalam bekasnya,asam jawa dalam balangnya dan bawang dalam goboknya.


nanti kita susun elok  elok ya
Selepas menuang bawang didalam bekas,cikson belek tag diatas pembungkus.Eh... apa kono bawang jadi cabai kering sdgkan cabai kering masih dalam pembalut.Dan harga utk bawang itu adalah 9.00 lebih.Walhal masa cikson belek harga tadi terpampang 1.90 per kilo..Ikut kiraan cikson bawang tu tak lebih 2.00 saja.
Rupanya cik akak yang timbang barang tu dah tag bawang cikson jadi cabai kering! Masa dia timbang cikson tak berapa perhati sbb banyak barang.Lagi pun tak pakai spek semua tulisan jadi blurrrrr.

cabai kering @ 2.70...masuk akal lah

bawang merah at 9.79...ada betulke


Cikson keluarkan resit dan scan semua barang..Lihat tu semua barang spt kentang,bawang,cili dia rangkum jadi dry food.Mana kita dapat agak apa dia kalau tengok sekali imbas.Agaknya senang dia nak kelirukan orang agaknya.

dry food and leafy vegetables


Lain kali kalau berbelanja diCmat Arau kena buka mata besar besar masa depa timbang dan label barang kita.Jangan pisang berbuah dua kali.
Besok macam nak suruh cikli pergi balik kedai tu jumpa manager .Dahla  harga barang mahal,dekat display lain,dalam resit lain...timbang pun lain..

Dan satu pengajaran buat makcikson....buka mata luas luas masa pilih,masa timbang dan masa bayar...Dah lah duit tu rompong sana sini... kena pula mcm ni..Lu apa criiiiita!

2 comments:

  1. tu ke? ya la masa depa dok kira semua kita buka beg cari duit saja, jarang kita check balik.harap kat depa saja... saya slalu jugak beli groceries kat CMart.tak mau dah beli sana.baik beli kat kedai nyonya dkat rumah or kat kedai runcit market Kangar senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tobat nak pi situ lagi.Barang barang dia mmg mahal berdengung.Biskut dlm tin dekat tesco 10.00..dia hentam 14.50.gila cekik darah.lepas tu label harga mcm nak tak hendak saja buat.Deko CNY buat nala punya besaq tapi tak nampak pun depa ramai ramai dok pi beli kat situ.Yg banyak muka kitalah juga....cuba masa raya kita nak naik kain rentang pun acuh tak acuh..hapa la depa ni..

      terasa duit kita dikaut...tapi masih tak sedar diri.

      Delete