Such a long winded title.But the book warned that every household needs one.
And I would like it written in bahasa for the benefit of all .
Dari salah satu tajuk yang dimuatkan,makcik tertarik kepada tajuk ini:
Keselamatan adalah Kunci.Safety is the Key.
Sekarang sudah 10.00 malam.Adakah anda tahu dimana kunci rumah anda?
Semua orang mesti mempunyai pengalaman ini:
Rantai atau laci yang penuh dengan kunci yang beraneka tapi anda tidak tahu untuk apa? Ia penuh misteri .Dari manakah mereka ,siapakah mereka.
Perkara mudah yang perlu anda lakukan:
- Buat inventori kunci anda.
- Adakah semua mangga ada kuncinya.Lihat sekeliling anda.Tu,tingkap bergril yang bermangga besar.Mana kuncinya ? Jangan ambil mudah.Kerana ia jadi payah masa emergency.Macam mana anda nak lari ,selamatkan diri.Geriji besi tak ada kunci!
- Bila anda masuk rumah baru,kunci pintu belakang,pintu depan harus ditukar.Takutlah kot kot kelawar mai cari makan.
- Sekarang juga,ambil balik segala kunci yang di sembunyi.Bawah kasut,bawah pasu bunga ,bawah batu. Macamlah orang lain tak boleh tahu.
- Penggera pagar dan garaj juga kunci.Jangan ditinggal dalam kereta.Lebih buruk lagi diberi nama,berserta alamat rumah tuan ampunya.
- Jangan letakkan nama anda,dirantai kunci anda.Begitu juga nombor rumah.Masa berkunjung ke bengkel kereta ,usah serahkan semuanya. Mekanik nak buat apa dengan kunci pejabat,kunci peti besi .Yang dia perlu hanya untuk start enjin.Begitu juga untuk valet parking.
- Passwords komputer,electronic security codes,kombinasi peti besi,nombor PIN adalah kunci.Lebih baik anda HAFAL dari ditulis dalam nota.Kerana silap kepercayaan anda juga yang NAYA!
Makcik tidaklah terjemah satu persatu.Diselit juga apa yang makcik tahu.Yang setengahnya makcik merapu.
Merapu? Eh tidak.Kalau tak percaya bila kena baru tahu!
As a matter of fact,I too was a partner in crime.Too lackadaisical in much of the terms.Needs to change! ASAP
so cantik dis word..lackadaisical :)
ReplyDeletecik Nur,
ReplyDeletelackadaisical ...hentam keromo or tak ambil kisah.