Showing posts with label my hobby. Show all posts
Showing posts with label my hobby. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

DIY...jom Masak...ayam goreng tomyam n nasi goreng kampung kakchon

Satu hari cikson kebuntuan idea nak masak.
Cili kering sebijik pun tak ada dalam pantri.
Yang ada sebotol paste tomyam
Beberapa ketul ayam
Bawang besar dan putih

So what to cook ?
What about ayam goreng diversified
Mula mula ,ayam dibersihkan ditoskan air.
Tumbuk bawang merah dan putih.Campur tomyam 2 camca besar.Garam dan kunyit.
Lumur ayam dengan bahan tumbuk sehingga sebati.

Panas minyak.
Goreng ayam hingga masak.Masuk kacang buncis kalau suka.SIAP!

ayam goreng tomyam


Nasi goreng kampung kakchon.

Nasi sejuk.Masuk dalam petiais seketika setelah direlaikan.

Tumbuk 
bawang besar
bawang putih
cili padi
ikan bilis...............sehingga hampir lumat.

Hiris
bawang merah
bawang putih
serai 2 ,3 batang.
Nenas sepotong...dadukan

Panaskan minyak
Tumis bahan hiris
Setelah naik bau,masuk bahan tumbuk.
Masukkan nasi sejuk yang telah digaul garam/ kicap.
Masukkan sayur,cili potong. Sebatikan.
SIAP!

Garnish dgn daun bawang dan daun sup.Tabur udang goreng...SIAP!
nasi goreng kampung kakchon.
Inilah yang jadi sajian anak anak saudara yang berkunjung hujung minggu itu.
Macam macam ada...

Thursday, July 9, 2015

DIY...something soft,something sweet...Qasidah

The other day I was pining for something soft and something sweet for my berbuka.
Remembered my mum churning them out on her hot wooden stove aka dapur kayu those old days.
On top of it she scattered the fragrant home made fried onions....yummy.

I could agak agak and made them anyway.
But what if it turned out tawaq hebiaq or maneh melecaih?
So googled I did.
And I soon found myself at cik att's blog.

So that evening cikson and cikli had qasidah utara for berbuka.Thanks cik att for the recipe.
When I gave a portion to my min she exclaimed...ni koleh..

Qasidah utara ilham cik att.

1 cup wheat flour
3 cups water
7 tb sugar
1 tsp kapoor.

Mix all the mixture well. Drain into a pot.
Stir over fire until its thick amd shiny.
And that is your QASIDAH.

Wait!

Slice a few red onions and fry until crispy.
Scatter on the qasidah.SIAP!

There simple kan.I made it twice.But I missed the kapoor part because it was unavailable in my kitchen...

Here's my rendition of Cik Att Qasidah Utara
tralala....
Anna,Anta.....marila.Rasa ana punya qosidah la.


something soft and sweet.
Itulah saja anak anak
Masak memasak kita kali ini.
Bye.

Thursday, February 26, 2015

DIY...andai ku lalu jln itu lagi

Tahun lepas ,semasa majlis walimatulurus anak ,cikson tak langsung mengambil gambar seperti biasa.Selalunya apa2 majlis,cikson tak lekang dari Nikon coolpix nya.Sampai cucu menakan pun dok tanya..tok ngah tu buat apa ya tangkap gambar selalu?
Tapi kali ini dalam majlis yg dibuat dirumah sendiri ,nikon tak nampak rupa.Gambar tak diambil langsung.Mungkin terlalu sibuk atau overly worried.So banyak perkara yg cikson buat tak didokumentasikan....
Jadi bila cikten dpt photo dari photographer ,baru cikson dapat lihat kembali DIY yg dilakukan.
Bukan apa,nanti kalau nak buat balik ada lah panduannya.Adalah pegangannya.

1. Catatan panduan...
Buku ni cikson buat utk mencatatkan butiran aliran kerja dari kewangan,list nama tetamu,vendor dsbnya.Taklah detail tapi adalah sikit sikit supaya nanti2 tak payah lagi mencari.Mencari vendor pun bukan kerja enteng tau.,,silap vendor letih.
Mencatat ke mana duit pergi pun ada kebaikkannya.Taklah tertanya tanya.Duit aku pi mana?

disini catatan yg tak seperti

buat panduan diri


senang nak cari nanti

selepas guna tampal kat sini ya

senangkan bila semua ada..


2. Hantaran
Barang barang hantaran cikten beli ikut kehendak mereka sendiri,sudah tentu.Tapi gubahan ciklin yg
menggayakan dibantu ibu...Bunga hidup dari ibukota jadi penghiasnya.Kotak putih pun dari jalan TAR.Susah tau nak dapat .Alas dulang ciklin jahit sendiri..



hantaran yg simple mimple


3. Hiasan rumah / mkn minum akad nikah.
Pelamin akad ditempah.Simple tapi meriah.Khemah sebuah ditengah laman.Lantern warna warni bergantungan...rasa mcm CNY atau pun dlm kayangan...hehe.
Mee udang,puding,kuih kuih hasiltangan maklang.Tapi ada lagi disponsor dan ditempah.
kerahan tenaga...anak menakan membantu.sayang kamu
4.Candy buffet.
Makciklah beria nak adakan .Pergi romantica AS terbelilah barang barang lebih lebih lagi bila ada harga potongan.Ada frame gambar,ada tempat kek ,ada timba warna warni.Atas meja ,letak manisan ...jadi..
Lihatlah candy buffet hasil kerastangan makcik anak beranak...ciklin semestinya.


its love that made it

jellylo


lidi utk marshmallow...buat sendiri riben2 itu.Cara2nya nati cikson beritau.


candy booth 

5.Meja buku visitor ...
Hias serba sikit kerana tak cukup masa...
buku tetamu
dgn kasih sayang mereka menulis


catatan  manis  kenangan dibuat

Itulah serba sdikit yg cikson DIY bersama keluarga...simple simple saja...

Wednesday, February 25, 2015

WW...mai minum petang


bubur masak sendiri


Panas petang2 ni terhapus agaknya kalau dapat semangkuk bubur

Jom masuk dapur.

Cara cikson

1.Basuh pulut hitam.Masak hingga kembang.

pulut hitam  suku periuk
2.Masukkan santan kotak,garam,
santan kelapa
3.Masukkan gula.Agak agaklah jangan sampai maneh melecaih.SIAP! Senangkan.Usah ditanya daun pandan kat mana.
4.Cikson suka sejukkan dalam petiais.
5.Bila nak makan titiskan air gula merah dan juga susu cayaq.Perrrrgh.
susu
gula
sila sila.

WW...masam boleh jadi manis

"Otaheite gooseberry" by Abhishek Jacob
Masam bedengung
Not palatable
Singkei gigi.......

Wait!

Lesung batu,garam,gula,cili padi,asam boi atau asam PB,peti ais.....SIAP!

Sunday, February 22, 2015

Kabar dari Perlis...bila anak menantu dtg bertamu..

Cuti panjang CNY menyaksikan RBL dan RTS dikunjungi anak dan cucu serta menantu.In other words RBL ie rumah kaklin diziarahi cikten and cikwan .Dan RTS ie rumah tok dan wan saad dikunjungi anak,menantu serta menantu cucu..Confusing and misleading? Lets simplify.
Paknjang dan maknjang balik bersama anak anak serta pengantin baru.

So...sibuklah mak mak menakan diPerlis masak masak utk menjamu.Hari CNY day itself 3 jamuan dirumah berbeza.
Mula dgn makan tgh hari di rumah paklang.Dijamu nasi ayam,puding,icecream and tapai.Selamat budget tgh hari.
Mai ke petang makndak jamu laksa pula.2 pinggan cikson tibai.And her laksa reminds me of Pak Harun yg menjaja laksa di JPL dgn mengandar buyung...
Malamnya makcik pula menjemput makan mee soup.Disbbkan cikli tak berapa sihat dan cikten baru sampai,hajat nak makan mee soup tidak tercapai.

The next day cikson masak gulai ikan dan malamnya ke Kuala Perlis .Ikan bakar jadi habuan.
Paginya sebelanga bihun digoreng.

Buah cermai yg bergantungan di dahan menarik perhatian cikson.Sdp ni kalau dibuat pincuk.
Banyak nya buah cermai tu...cikson membuka kata.Besoknya TS bawa segayung buah yang baru dipetik.Cermai jeruk cabai melaka serta asam boi siap sebalang.Buah tu cikson ketuk ketuk dgn lesung batu.Campur gula,garam,hirisan cili serta asam boi.Masuk dalam petiais.Harini dia dah sebati.
Makan sebiji nak lagi.Utk yg minat masam masam ,enak saja ditelan.
Bila cikten nak pulang ke KL tadi,bekal tgh hari dah siap pagi pagi lagi.Biasa biasa saja.Nasi marjerin berkunyit.Dan lauknya telor rebus.kentang rebus,udang goreng,ayam goreng dan kuah cili...Missing is ikan bilis goreng dan kangkung celur.Inilah makanan kami dulu dulu bila berjalan semasa lebuhraya belum dibina.
Kalau ada dalca daging lagi best.Terbayang kacang parpu.

Hmm..thats all anak anak.Suasana di RBL di CNY.
Tapi gambar sekeping pun tak ada..

Monday, August 18, 2014

orang lidi pun boleh

Hi people...Time flies too fast.Its a working Monday once again...
Years and years of teaching saw me through many phases.And talking about teaching you cant run away from TA....Teaching aids.Kalau nak masak perlu periok,sudip,pisau gitu juga utk mengajar.
Serius...cikson rasa bogey....kalau masuk lenggang kangkung utk ajar pelajar.Esp pelajaran baru.Tak taulah orang lain....
buku nota jadi bahan conteng


So ....in my early years masa belum ada TA canggih manggih ,guru guru dulu kena buat sendiri.Kertas manila dibawa ke sana kemari.Bila mengajar alat ini dirujuk supaya murid senang memahami.
Masa dudlu dulu mana ada computer muter ni semua.Tak terfikir pun masa tu yang hidup ini semua dihujung jari.Duduk ,godek godek,bahan mengajar mai sendiri.
Teringat cikson ,lukisan paling senang adalah orang lidi.Lidi? Whats that.
Inilah contohnya....
orang lidi

Senang saja...garis garis dah jadi.Pakaikan seluar jadi lelaki .Pakai gaun mem lah itu..

kucing gemok
Alhamdullilah,jari jari cikson boleh lah sikit sikit melukis.Orang,binatang dan awan....hehe pemandangan .Tapi bila warna entah kenapa jadi tak ketahuan..
Jadi dalam masa mengajar,gambar gambar begini jadi alatnya.Bila cikson tunjuk gambar anak murid dah tahu siapa mereka...
cuba cuba lukis balik....



Dan semasa berkursus...kadang kadang muka muka begini memenuhi nota bila penceramah asyik dok sebut.......ya ya ya....

Thursday, August 14, 2014

DIY....makngah masak?

Hari raya ketiga...hari menjamu sanak saudara
Menunya...mee JPL gubahan dan olahan makngah.Cikson is makngah on my side and maklong on cikli's.
gambar entah bila...tapi bukan hari raya.

Dah jadi macam satu kemestian ciklicikson kena masak mee utk jamu sanak saudara.Dah berpuloh tahun itulah satu satunya menu yang di minta .Tak mau lain.Selain mee...So kalau datang rumah cikson tak jumpalah macam macam juadah..Tak macam rumah lain ada macam macam.Kita semacam saja...

Sehari dua sebelum harinya,cikli kena kerah pergi shopping.Listnya dah tersedia
Daging...seeloknya tulang kaki baru kuah mee menjadi.Kalau tulang selangka,banyak minyak  kolestrol pun tinggi.
Udang juga...rebus dan mesin
Kentang atau ubi keledek....pemekat kuah
Bunga pisang....rebus daan giling...
 Juga ada lagi beberapa bahan yang tak kurang pentingnya.Kalau tak ada bukan mee JPL namanya.

Cili utk kuah dimasak sehingga rasa asam garam.Ada kala cikson masukkan lenga dan kacang tanah..

Dan utk raya 2014 periuk yang paling besar cikson guna
Mee entah berapa kilo....sayur mayur dan lain lain bahan sampingan..Kalau ditanya berapa ongkosnya ...cikson jawab entah kerana niatnya sedekah..

Dan bila menjenguk kedapur,antara sanak saudara macam terkejut melihatnya..
Makngah masak?....hoo banyaknya bila tengok kuah seperiuk bak banyaknya.

Tapi ...jam empat, kuah dah tinggal periuk....Mee dah habis seluruh pekan..So sapa yang mai last cikson jamu bihun sorang sepinggan...Kuah pula makngah ulang masakkan...

Dan dalam membilang bilang ramainya yang datang....adalah lebih 70 orang handai taulan.
Dan yang kesian anak anak hanya makan sorang sepinggan.
Tak boleh ulang ulang sampai ke malam...
Raya haji kita buat lagi ya mama....kata anak meminta.
Ya ampun...cikson berseloroh minta nyawa.

Dan terimbau kenangan dulu dulu kala.Tatkala orang riang raya kunjung mengunjungi,seorang anak bertungkus lumus menolong bapa meniaga.Dengan linangan airmata....
Tapi seronok masa kira duit duit syiling besar pada malamnya...Kita kaya!Kata dia.

Apakata kita buka gerai ,warung...jual mee pula?Sepinggan berapa ha nak letak harga.Zaman dulu 20 sen mee biasa ,50 sen special punya...











Wednesday, April 30, 2014

Nasi sambal macang


Kelmarin laju benar selera makan.Bertambah tambah pinggan.
Bukan kerana kambing panggang atau udang galah harga ribuan.
Juga bukan kerana patin buah yang hanya VVIP dapat habuan.

Kerana apa selera makan berganda ganda
Jawabnya simple saja.
Buah dipetik dari belakang rumah nenek anak anak saja
Yakni buah dari pokok rumah MIL dekat jalan nak pi Kola...

Inilah buahnya....


yang ini kuini adik kembar macamg @ bacang


sambal

terliur tak?



Harganya kalau dibeli dari pasar tani taklah mahal gila
Setakat seringgit sebiji agaknya
Tak tinggi melangit harga dia
Macam harumanis yang macam tak masuk akal harganya.
Semalam dapat sebiji 10 ringgit...sebiji SEPULOH RINGGIT...diberi percuma
Hadiah anakanda .
Takut mama nak makannya....tunggu sampai dia betul betul dah lepas edah memeramnya
Lima hari lima malam katanya....

Apa apa pun makan nasi panas panas dengan sambal macang adalah satu nikmat
Mak mentua lalu kat belakang pun tak sedar sebab lazat sangat....hehe.

 Ditambah pula gulai ikan,bendi rangup daun kari
apalagi sedap wei sampai menjilat jari....
tambah tambah masak sendiri
Sendiri masak,sendiri makan,sendiri puji...gelihati.

kari ikan cap O,santan cap ayam,ikan tak berapa nak kenal.



Saturday, February 16, 2013

Angie singing "Home" by Phillip Phillips





As our Astro been on default,makcik could only watch American Idol on Tv 8.And since the old bulky tv of the dining area too met with its demise,I am estranged from the programme which I love beside the VOICE.

Last night,cikli switched on tv 8 by accident and we were able to see the Hollywood part of the competition.How we rolled on our stomach laughing at the contestants barking their voice.Sheer exhaustion,discord among the group made many a group falter in their performances.Some were seen forgetting their lyrics or have them written on their hands,fingers and even arms...so funny.

I didnt spot this contestant last night but reading someone's facebook took me to her you tube.Oh my...i was captivated.
Angela Miller or Angie is one to be watched.Winner or not...she's one fabulous singer.Here come another supporter for her....mamason to be exact.

Love is.....songs to the ear

Love singing even though my singing ke laut.And when I hear this song for the first time I was captivated....heart and soul.Body and mind.
The soulful tune and melody encapsulated the very essence of life and love.Love unrequited.Love separated.
Shilala's masih ada cinta brought makcik down memory lane.When you love somebody and got separated by a third party, I tell you the pain is tremendous.Even more so ,it is not the problem between the two.Hanya orang yang mengalami could feel what shiela is going through.Sampai ke tua  pun ,kenangan itu masih samar berbekas walau pun parut dia dah hilang.And in time of troubles,we would wonder what if .What if you follow your heart ,would you face the same problem as now.Would you live a better life if you go against your father's wishes.... I wonder.

masih aku cinta

The song now is my antidote to my depression...Wah mau digelak oleh anak anak ku yang besar panjang.
Well children...what do you know.
Ingat orang zaman dinasor dulu tak tahu ,tak mengenal apa itu frust menungging.haha.
Oh oh...orang zaman batu ada ke kisah cinta begini.I wonder.

Juga jangan diingat yang cantik manis menawan hati saja yang layak punya cerita tentang cinta.Yang kurang pun lagi hebat bermain cinta.Jadi pemenang lagi...By what means she won..I wonder.

Masih ku ingat aku menulis karangan tentang cinta yang kecundang masa di sekolah menengah dan maktab.Eh..kalau komik yang ku lukis masih ada .....tentu ia menjadi  bukti bagaimana ke langitnya aku seorang penulis yang romantis berkat novel novel Mills and Boon .Heronya pasti tall dark and handsome...dan lagi satu heroku mesti bernama Azman.I wonder why.

Kini ...aku dalam mencari cinta  yang SATU.Harap tu tiadalah halangan bila aku teringin nak pergi mencariNya.

The song Insha Allah by Maher Zain is always there to soothe my tired heart and mind.

And when I am angry ...you can guess what song would appear.Haruslah: ......MATILAH KAU  oleh Once.
haha.

Sunday, June 12, 2011

The janitor

 

What do you think give me the most satisfaction when I went visiting my children?

Taken to the malls?

Food at the restaurants?

You are wrong if these were your guesses.

Putting their houses into order was my numero uno satisfaction.Be it in KL or Kuantan,I feel like I have made myself useful by doing so.

I think this must be a hereditary trait from my mum…tokton.Wherever she goes,she made herself busy by straightening things here and there.When she was with me,the room she was in was spick and span.No taik cicak on the window sills and no dust or cobweb under the katil.

Thus when I was holed up in the house until my girl finished work at 5,I busied myself cleaning for her.And if I was given my way,it would be a complete makeover.Nak berlebih lebih pun ,takut tuantanah kedawong tak berkenan cara kita.

So everyday when she opened the door,I heard her exclamation…..

Bersihnya…..

Putihnya…

Wanginya….

but there were times when she said  ……eh pi mana? Meaning her things which I had moved to a new  corner.

So when I closed the door behind me headed for home I left her house feeling like I had left a trail.

 

And I have this for her and her and another her.

All things must have a place and there’s a place for everything.But not all places are for all things and everything.

SEMAK!

 

De clutter ,de clutter

Throw away,give away things that doesnt matter

If its been there for years and years dan buat sakit mata

Juga dok kumpul habuk as well as hama.

 

Bye.Till we meet again .The janitor in me will come a knockin’

Saturday, October 2, 2010

Book review –Sewing in No Time

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Among the many books procured from that sales strategy of Reader Digest was the book with the name ..Sewing In No Time.

The hard cover book offers 50 step by step weekend projects made easy.Projects ranging from simple curtains to recipe book cover ,padded headboard for the bed and picnic blanket for outside spaces.

Besides useful for those with dainty and nimble fingers,I think this book provides endless ideas for teachers to use during art and crafts lessons.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         easy to follow instructions

 

And among the projects,these are a few that caught my eyes.

 

  OLYMPUS DIGITAL CAMERA

carpet for the bedroom

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA

clothes peg                                          book cover 

  OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA

garden chair seat cover               table runner

So rasa rasalah yang manakah project DIY makcik yang akan menjadi kenyataan.

TUNGGU !

 

Wednesday, September 22, 2010

What I did last Raya

 

Orang lain dah habis upload download gambar gambar raya,makcik baru terbuka hati nak buat.

 

But I wish to digress.See it in another perspective.

Apa yang differentnya.

Sebenarnya tak adalah apa yang gempaq.Makcik nak cerita tentang cara cara raya tanpa keluar duit berlapis lapis.As people know me,I am a stinger where RM is concerned.Nak berhabisan untuk diri sendiri,tak jumpalah.Sampai  anak ada yang buat keputusan,beli barang kat mama kerana bila bagi duit,akan kelainlah perginya. Baju ke,handbag ke tak tentu bertukar baru.

So syukur jugalah bila anak anak sponsor bajuraya,perfume raya (sedia ada ).Beg raya (sedia ada) Tudung raya (baru) baju raya(baru)

So bolehlah makcik guna duit untuk perkara yang lain.Lain apanya…kat depa jugalah perginya.

Syoknya biskut ,kek raya pun anak anak yang beli.Hooray!

This raya makcik tak tukar pun curtain ke ,cushion ke,carpet ke.Tapi di tukar presentationnya.

Cubalah tengok apa yang makcik buat.

DIY untuk sofa single seater.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sofa ciklat yang mamason rasa dah berzaman guna

Nak beli baru ,sayang duit la pula.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

So makcik pun jahitlah 4 helai kain belakang depan boleh guna

Scatter cushion warna warna matching lah kononnya

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah kain untuk cover makcik punya sofa yang zaman ber zaman usianya.

Dua dua belah boleh guna ikut suka.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah hasilnya makcik punya sofa.

Nak beli baru,kedekut sikit orangnya

Tapi nak bagi nampak baru atau lain

Makcik buatlah interior design

Ha  ha

Jemu warna hijau tua ,makcik tukar warna muda

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apamacam?

Tahun depan kita tukar lain kain! merahke, purple ke,pink ke

Ikut suke le!

Friday, August 20, 2010

New Sofa,dear?

 

I vividly recalled those days when pakli and I were young.Come Hari Raya,we were always on the go for new looks for the home.

The list included:

A fresh coat of paint for the house

image

This task was solely the responsibility of the one with stronger limbs…pakli lah siapa lagi.So before hari raya,my dear hb would be having exercises for his limbs and neck.

Maka tercatlah rumah dengan cat yang dipilih untuk tahun itu dan beberapa tahun seterusnya.

 

A fresh change of curtains.

image

This task was for the nimble fingers? Whose fingers were they? Hm,mestilah makcik yang punya.

So tiga hari lagi nak raya tergodek godeklah makcik the whole night long menjahit curtain utk semua tingkap dan pintu rumah.For 30+ years,only once ,I hired the help of a friend.Once,my sewing was done by hand  ! Yang best part tu,bila pakcik makcik sebelah rumah selalu teruja dengan hasilan kerastangan  makcik.Bila mereka datang beraya.

So far,I had made french pleats,ruffled,box pleats dll. Belum diteroka goblets and those using the rings.Teringin juga nak buat yang pakai pelmets and that cafeteria window dressings.

A fresh change of sofas

image

Teringin memang teringin.Nak tukar sofa PVC yang dah calar balar tu.Tapi ongkosnya kurang mengizinkan.So apa ikhtiar kami?

Nak upah profesional,upahannya tinggi juga bung,so kami bertukar menjadi tukang kayu pula.Berbekalkan kudrat pakcik dan ketukangan makcik maka sofa 1,2,3 seaters tu bertukar wajah.Dengan benang tali tangsi,plier,stapler dan semestinya kain kami bertukang suami isteri.

Hasilnya: Bolehlah tahan 2,3 tahun.

Kerusi makan pun kami tukar sarung  matching.

Haha mana nak cari sofa sebegini ,cuma dirumah makcik pakcik suami isteri.

So sepanjang 30 tahun ini ,kebanyakan interior adalah hasil mesin jahit,plier,stapler,jarum gergasi kami.hehe. THM punya orang.Tapi sekarang kudrat kami telah berkurangan,jadi banyaklah recycle saja.

Tapi ada juga lah terdetik nak buat sofa wrap pada 1 seater sofa yang dah berkurun lama.Terdaya ke?

images: googled.

Tuesday, July 27, 2010

Tiru macam saya-3

 

Seronok juga tulis posting macam ni.Sebab ada penggemarnya. Tapi makcik bukan macam lagu Saloma.Tiru macam Saya yang ada irama.

Hari ni makcik nak cakap fasal lipat baju.

You know what,cara kita urus baju kita melambangkan keperibadian   kita .

Adakah kita semborono,tak apa saja.

Adakah kita tai tai, ada bibik  nak di jerit: Bik where’s my …..

Adakah kita berdisiplin,berkerja ada ISO ada misi ada visi

Itu makcik tak tahu…..he he

 

Cara kita basuh baju banyak orang tak ambil tahu.Yang mana boleh campur yang mana kena satu,satu.

Makcik bertuah,sebab Mr.Fuzzy Logik sedia membantu.

Bila dah siap en.Logik dah berdering,kenalah sidai sampai kering.Kalau ada dryer tu tak lah runsing.Nak masamke,nak hapak ke.

Bila dah kering ,kena lah lipat.Jangan dok longgok lama lama.Nanti ada pula ulau belingkau celah sana.Takkan naya.Tak percaya. Cerita ini memang ada!

Dah lipat,ada lagi kerja.Jangan biar terdedah lama lama.Atas katil,atas lantai,atas kerusi.Sebab cik lipas ke,cik habuk ke memang menggemari.

Cara lipat pun bermacam cara:

Satu….hentam sajalah.

Kedua….urut,letak atas paha.Lipat tangan,lipat badan baru cantik,nampak berkenan.Hei ini bukan X rated ,cuma cara nak lipat pakaian. Ada juga U-tube cara nak lipat t- shirt bila makcik tanya pakcik googel yang ilmuan.

Nak simpan pun kena ada pengetahuan.Toksah lah semua mak,ayah anak,tok menakan dok campur.Kelaskan mereka ikut pattern,ikut tuan,ikut umur.Kan senang pagi besok nak pakai,tidaklah terkapai kapai.Jumpa baju,tak jumpa kain.Jumpa kain tak jumpa tudung. Baru terjerit kat bibik :

Bik,where’s my kain! Where’s my tudung! Where’s my lampin?

Ok ini cara makcik lipat baju kurung:

kain 023

Baju kenduri anak penakan.

kain 016

Lipat baju dahulu.

 

kain 018

Lipat kain.

 

kain 021

Masukkan kain ke dalam baju.Baru tak celaru.

 

kain 022

Ini dia gambarnya.Lipat baju cara saya.

baju kurung makngah

Duduk dalam lemari,habuk tak hinggap,lipas pun tak mengunjung.

 

Untuk anak anak yang mahu belajar.Ex cikgu BI dah jadi cikgu Sains rumahtangga sudi nak ajar.Tak nak ikut?Ikut suka. Tepuk dada tanya selera.

Makcik pun dah seronok blogging,wardrobe pun dah ter tungging.Dah tak keruan ,yang mana baju jalan,yang mana baju rumah.Tapi tak apa,makcik keluar rumah pun jarang jarang.Tak lagi macam dulu.Pagi pagi dah kena punch in.Di rumah punch out pun tak payah!

…………..

Tapi,baru tadi JPN dah telepon.Surat tawaran dekat sangat  dah nak di keluarkan.Jadi,lepas ini kalau makcik kurang berblogging,itu tandanya makcik  dah pakai name tag dan kata:

Good morning!

Bye. Selamat petang.Jumpa lagi .