Kelmarin laju benar selera makan.Bertambah tambah pinggan.
Bukan kerana kambing panggang atau udang galah harga ribuan.
Juga bukan kerana patin buah yang hanya VVIP dapat habuan.
Kerana apa selera makan berganda ganda
Jawabnya simple saja.
Buah dipetik dari belakang rumah nenek anak anak saja
Yakni buah dari pokok rumah MIL dekat jalan nak pi Kola...
Inilah buahnya....
yang ini kuini adik kembar macamg @ bacang |
sambal |
terliur tak? |
Harganya kalau dibeli dari pasar tani taklah mahal gila
Setakat seringgit sebiji agaknya
Tak tinggi melangit harga dia
Macam harumanis yang macam tak masuk akal harganya.
Semalam dapat sebiji 10 ringgit...sebiji SEPULOH RINGGIT...diberi percuma
Hadiah anakanda .
Takut mama nak makannya....tunggu sampai dia betul betul dah lepas edah memeramnya
Lima hari lima malam katanya....
Apa apa pun makan nasi panas panas dengan sambal macang adalah satu nikmat
Mak mentua lalu kat belakang pun tak sedar sebab lazat sangat....hehe.
Ditambah pula gulai ikan,bendi rangup daun kari
apalagi sedap wei sampai menjilat jari....
tambah tambah masak sendiri
Sendiri masak,sendiri makan,sendiri puji...gelihati.
kari ikan cap O,santan cap ayam,ikan tak berapa nak kenal. |
No comments:
Post a Comment