Thursday, August 14, 2014

DIY....makngah masak?

Hari raya ketiga...hari menjamu sanak saudara
Menunya...mee JPL gubahan dan olahan makngah.Cikson is makngah on my side and maklong on cikli's.
gambar entah bila...tapi bukan hari raya.

Dah jadi macam satu kemestian ciklicikson kena masak mee utk jamu sanak saudara.Dah berpuloh tahun itulah satu satunya menu yang di minta .Tak mau lain.Selain mee...So kalau datang rumah cikson tak jumpalah macam macam juadah..Tak macam rumah lain ada macam macam.Kita semacam saja...

Sehari dua sebelum harinya,cikli kena kerah pergi shopping.Listnya dah tersedia
Daging...seeloknya tulang kaki baru kuah mee menjadi.Kalau tulang selangka,banyak minyak  kolestrol pun tinggi.
Udang juga...rebus dan mesin
Kentang atau ubi keledek....pemekat kuah
Bunga pisang....rebus daan giling...
 Juga ada lagi beberapa bahan yang tak kurang pentingnya.Kalau tak ada bukan mee JPL namanya.

Cili utk kuah dimasak sehingga rasa asam garam.Ada kala cikson masukkan lenga dan kacang tanah..

Dan utk raya 2014 periuk yang paling besar cikson guna
Mee entah berapa kilo....sayur mayur dan lain lain bahan sampingan..Kalau ditanya berapa ongkosnya ...cikson jawab entah kerana niatnya sedekah..

Dan bila menjenguk kedapur,antara sanak saudara macam terkejut melihatnya..
Makngah masak?....hoo banyaknya bila tengok kuah seperiuk bak banyaknya.

Tapi ...jam empat, kuah dah tinggal periuk....Mee dah habis seluruh pekan..So sapa yang mai last cikson jamu bihun sorang sepinggan...Kuah pula makngah ulang masakkan...

Dan dalam membilang bilang ramainya yang datang....adalah lebih 70 orang handai taulan.
Dan yang kesian anak anak hanya makan sorang sepinggan.
Tak boleh ulang ulang sampai ke malam...
Raya haji kita buat lagi ya mama....kata anak meminta.
Ya ampun...cikson berseloroh minta nyawa.

Dan terimbau kenangan dulu dulu kala.Tatkala orang riang raya kunjung mengunjungi,seorang anak bertungkus lumus menolong bapa meniaga.Dengan linangan airmata....
Tapi seronok masa kira duit duit syiling besar pada malamnya...Kita kaya!Kata dia.

Apakata kita buka gerai ,warung...jual mee pula?Sepinggan berapa ha nak letak harga.Zaman dulu 20 sen mee biasa ,50 sen special punya...











5 comments:

  1. when u talk about yr ayah, I pun teringat my ayah..the only man that I cn trust, that I love wholeheartedly and unconditionally.miss him dearly..all these years.If only he's here wth us..

    ReplyDelete
  2. one day nk rasa jugak mee kak Inson.nk ajak kawan2 dari SKRPB pi sama. bukan la smpai pulu2 org.tapi sorang dua ja.boleh kut na..dah kecor ayaq liuq saya ..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Mee JPL tu mee apa, mee kuah ke...
    macam sedap je, tolonglah kongsi resipi, kakmah ni tak pandai nak buat mee kuah-kuah ni...

    ReplyDelete
  4. Selalunya kalau hari raya, suami minta saya masak mee kari. Kasang2 saya pun tak sempat nak makan.

    Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  5. Cikgu
    Saya pun tertanya2
    Mee apakah gerangannya yg dinamakan mee JPL
    Saya dah penat meneka neka sendiri....

    ReplyDelete