Sekian lama mencari cara yg lebih mudah menjahit sarung kerusi RBL,baru berjumpa video ini.
Nampak senangkan..ukur,gunting,cantum, jahit. SIAP.
Meneliti video2 yang lain ,tips yang diberi yg perlu diberi perhatian adalah BASUH dulu kain yang digunakan.
Terbaca dalam fb Kedai yang dudlu yang terkenal dengan GLOBE telah bernamakan SARAH Hughes Globe. Dan dari blog, kain kain cushion yang menarik boleh didapati dengan harga yang lebih murah dari tempat lain. Teringinnya nak jenguk kedai tu dan pilih fabrik yang sesuai untuk dijahit buat raya tahun ni...
Masa anak2 belajar di KL dan kita masih gagah,GLOBE tidak tertinggal dari menjadi kedai yang dikunjungi semasa melawat mereka disana. Lepas tu Globe hilang dimata dunia. Pertama kali jejak kaki ke Sarah Hughes tu pun masa kedai tu mula mula beroperasi. Kedai pun belum establish lagi. Tidak banyak kain untuk jadi pilihan, berlainan sekarang.
Kalau nak baca tentang jualan murah Sarah Hughes Globe boleh baca kat ↪ SINI
Boleh juga ke fb dia.
Mau sasar kalau cikson masuk kedai kain yang bergantungan,bergulungan kain dan fabrik begini
gambar pinjam |
Masa saya mula-mula datang ke Kuala Lumpur lebih 30 tahun lalu, kedai kain yang popular selain Globe adalah Mun Loong. Masa itu, kalau saya pergi pun hanya ikut kawan-kawan kerana saya belum mampu membeli-belah. Sekarang bangunan Mun Loong dah jadi Kamdar...
ReplyDeleteLupa saya akan Mun Loong. Pernah jejak kat situ. Ada lagikan beberapa gedung di Jalan TAR yg dulu ada sekarang tak ada.Dah lama tak kesana sejak anak kedua tamat sekolah Seri Puteri .Hotel2 dekat situ jadi tempat bermalam.Jalan2 disitu tempat berlalu lalang. La ni tinggal kenangan.
Delete