Wednesday, February 23, 2022

Tenanglah....

 


Tenanglah 

Setiap salah yang kita temui

Setiap salah yang kita pilih

Setiap salah yang kita buat

Ke pangkal jalan kita kembali

Akan jumpa ketengangan di sana nanti.


Semalam aku tertonton sebuah video ntah kat mana dah lupa. Cari balik tak jumpa. Cerita seekor ibu kucing .bapa kucing dan anaknya.

Gelisah ibu kucing yang dikurung ntah kenapa didalam sangkar. Depan matanya anaknya dikasari oleh si bapa kucing. Jelas gelisahnya dia bila dia tidak berupaya melawan kerana dirinya dikurung sedangkan anak dan pembuli di luar sangkar.

Besok pagi, tuannya membuka sangkar. Meluru keluar dia menuju kearah pembuli anaknya. Tanpa bicara, dilempang sibapa kucing. Terkejut beruklah bapa kucing tu. 

Puas tengok . Padankan muka bapa kucing yang mendera anak nya yang masih kecil.

Seorang ibu sentiasa akan protect anaknya . Kecuali dalam sedikit kelaianan. Yang ibu suka hati anak diperlakukan orang. 

Kalau dia tidak boleh membalas, ingat doa seorang ibu utk anaknya juga doa yang kuat.

Jangan kau terkena sumpahnya wahai pembuli. Cukup sikit sikit sudahlah membuli anaknya. Setiap sesuatu itu ada batasnya.

Terkenang aku akan seorang ibu tua yang jalannya pun dipapah menyerang orang kerana ingat anaknya dibuli. Kuat suaranya membelah bumi.... hihi. Kuat pula ayunan tangan menuju dahi.

Ada ibu tidak dapat berbuat seperti ibu tua yang jalannya dipimpin. Cukup setakat doa yang orang yang melakukan kezaliman terhadap anaknya menerima balasan Dari Allah yang maha mengasihi.

Arwah ibu selalu berpesan kala aku menceritakan kesusahan akibat perbuatan orang.

Allah kan ada.....

Betul sangat. 

Ehhh... sometimes watching real life story on social media made you reflect on matters of life.

Semoga kita diberi hidayah dan berdoa anak anak cucu dilindungi dari dizalimi.

Dan kita juga bukan penzalim.




No comments:

Post a Comment