Friday, February 25, 2022

Tenang di sini, kacau kat sana............

 Pagi ini cikson keluar rumah seawal 7 pagi.

Tak kemana mana hanya kaki melangkah laman menuju pagar. Niat nak ambil gambar. Meter air baru yang dipasang semalam oleh dua lelaki yg tiba tiba menonong masuk laman RBL. 

Assalamualaikum. Salah seorang memberi salam sebaik melangkah keluar dari Saga merah.

Aku sambut salam dari dalam rumah. Jenguk dari tingkap.

Kami nak tukar meter air cik. Dan aku izinkan. Dah lebih tiga bulan aku buat aduan kepada SAP tentang kerosakan meter air RBL. Haaa... semalam dah diambil tindakan.

Terimakasih SAP.

Actually,I noticed that the meter wasnt recording correctly the water consumption of my house. So as an obedient citizen.I reported the case. Tak maulah pakai air percuma. Berdosa...

Well, with mission accomplished,I trained my handphone to the landscape before me.

Here's the pictures... tenangkan.

dah meninggi rumput di sini

seberang jalan

kangkung percuma dalam longkang...namun lalukah nak telan?

kedamaian v kemusnahan

pokok jiran dilaman kami.



Earlier, I scrolled my phone for news on the current fiasco in the Russia-Ukraine war. Just cant imagine the turmoil a once peaceful country Ukraine is. Kecut perut membaca kemungkinan kemungkinan berlaku perang berskala besar. Tak terkecuali Msia terlibat sama....atau terkena tempiasnya.

Kacau kat sana, tak tenang kita kat sini. 

Terbayang sekutu Russia...China,Korea Utara...depa ni pun semacam saja kan.

By the way .here's my new water meter. Comelkan?

selepas dua/tiga bulan repot...



No comments:

Post a Comment