Bangun pagi, pemandangan diluar tingkap buat perut kecut. Kecut perut. Apa tidaknya, nun disebrang sawah,langit tampak kelam. Tanda akan hujan. Lintas langsung pula ke arah bertentangan, yakni pintu belakang, juga suram. Hujan juga akan bertandang di pekan.
Semalam, lewat fb, tertonton keadaan air sudah melintas jalan di Ulu Pauh.
I heard that if belah Kedah banjir, kemungkinan Perlis pun akan dapat tempiasnya. Juga kalau belah Siam banjir, kami juga terima akibatnya. Lebih lebih lagi bila ampangan disana dibuka airnya. Sama samalah kami terapung.
Kecut perut tau bila cuaca berhari hari tidak menentu. Pagi ni pun begitu. Bimbang akan banjir kemungkinan akan berlaku. Haru...
Minggu lepas, anak menantu ajak cikson keluar rumah.
Jomlah mama, pusing pusing Perlih. Dok dalam rumah saja pun tak baik untuk kesihatan.
Akhirnya, makcikson setuju mengikut mereka. JJCM hingga Padang Besar, Kuala Perlis dan Ladang Nipah Kipli di Sanglang.
Tak ada apa menarik di Padang Besar. Nasi daging Danok, disebuah restoran melapik perut tengah hari itu. Singgah ke Timah Tasoh sebentar. Aktiviti keliling dengan keretapi mini juga berbasikal kami jalani.
Ke Ladang Nipah Kiphli telah lama kami cuba cari jalannya. Dua tigakali juga baru berjumpa.
Namun tidak berjamu selera kerana hanya mee goreng saja yang ada.
Berdinner di Rohani Ikan Bakar akhirnya.
Harap harap tu cuaca bertambah baik minggu hadapan . Boleh lah join rombongan.
Dah tiba musim tengkujuh agaknya
ReplyDeleteWP.. kat sini depa sebut winter. Salji saja yang tak ada.
Delete