Mungkin kerana dibesarkan dalam kesusahan, membazir bagiku ibarat amalan saitonnnn.
Ya, tak akan dibakulsampahkan tiub ubat gigi kalau masih berisi. Lumrah, aku akan potong bahagian bawah, picit keluar lebihan dan baru beralih kepada tiub yang baru.
Begitu juga sabun mandi dan sabun cuci pinggan mangkuk. Akan ku goncang dgn air sehingga habis isinya. Baru senang hati melepaskan botol kosong pergi. Kalau tidak dibuat begitu rasa membazir .
Buka baru bila yang lama dah betul betul habis... itu amalan ku.
So much so that you wont see a second or third bottle of anything . Kalau ada pun itu pemberian bukan pembelian.
Mama.. you are so stingy. Kedekut taik hidung masinnn!
Hmmm... my spouse is the opposite. Biaqlah dah kegemaran .
Mengitar semula juga akan ku buat kalau boleh dilakukan.
dari hantaran perkahwinan |
bunga dari hadiah harijadi pasu pula tin oat minuman kegemaran dibalut wallpaper. |
dari terbiar saja baik diisi bunga. Air yg diisi dlm bekas ini berasa payau. |
Bekas tin biskut dah siap jadi pasu pokok pokok palsu bekas tatarias hantaran perkahwinan anak anak. Siap jadi perhiasan meja di luar.
Begitu juga teko teko dan bekas air panas yang tidak sesuai dipakai.
Kain baju juga. Kalau boleh dibuat lap janganlah di bakar. Kaftan yang tak sesuai dipakai kerana tidak menyerap air dah selamat dipotong utk dibuat alas meja.
I remembered my late mom gebaq and kain selimut. Dicantum cantum dengan teliti.
Dan kadbod golong akan diguna buat membakar sampah...baru senang nak start api.
Be thrifty . Itu pesanan buat anak cucu. Berjimat cermatlah dalam zaman sekarang. Pakailah selagi boleh. Jangan membazir.
Thats all folks. Bye.
No comments:
Post a Comment