Tuesday, November 9, 2021

Sunyi dan sepi....

 Ehhh..dah banyak hari rupanya blog ni ku biar kusam. Tiada posting baru . 

Banyak perkara terjadi buat diri rasa malas nak bersiaran. Maka aku diam. 

There're happy occasions yet unhappiness overshadowed the happiness.

Memang benar benar diluar jangkaan.

Sedih sangat. Berhari rasa suram. Me and my family. 

Pemergian tak dijangka memang satu yang mengejutkan. Semena mena dah tiada. 

Tanggal akhir Oktober , adik kehilangan suami. Dan cikson kehilangan ipar yang sangat baik kepada kami. Walau pangkat menggunung tinggi , tak pernah rasa janggal bersama nya. A very humble person, pemurah dan jovial personality telah pergi buat selamanya. Kehilangan yang sangat terasa oleh kami semua. 

Ciklicikson rasa sangat terkilan kerana tidak dapat bersama memberi penghormatan terakhir buat arwah. Plan ada untuk mengunjungi keluarga namun keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Hanya berkirim salam dan berita . 


Di kesempatan ini, dengan rasa rendah diri,  semoga sama sama kita sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham Prof.Dr.Hamzah Jusoh. Semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Buat adik Prof Madya Dr.Habibah Ahmad ,tabahkan hati menghadapi hari hari mendatang. Juga buat anak anak saudara yang dikasihi. Amy, Safuan,Yana .  Juga Zara dan ibunya. 

All the memories , will be kept close in our heart. Sweet memories are all we have .

We miss you dearly,adik. 



No comments:

Post a Comment