Wednesday, July 14, 2021

Meroket ke langit....

 Semalam, ketika diumumkan data terkini C19 , tergamam kita seketika. 

11k! 11,000 !

Kes positif dalam negara kita dah meroket hingga 11 ribu . Walaweiii...kata anak anak muda.

Terbaca satu artikel... Kat KL dan Selangor sebenarnya 1 out of 10 kalau di uji tentu positif.

Gitu hebatnya kita. Dah masuk dalam berita BBC,CNN, Al Jazeera dan seangkatannya. 

Semalam juga barisan pejuang kita mengadakan sidang media utk menerangkan keadaan sebenar. Ada kelibat DG, juga beberapa tokoh yg tak ku ketahui... The Spanish Fly guy macam tak perasan pula kehadirannya.

Riuh seketika bila menteri yg bertanggungjawab berkenaan hal ehwal kesihatan kita pun confuse antara fly dan flu. Mungkin juga slip of the tongue.

Namun bila diamati dan di turuti news around the world, bukan kita saja yang berada dalam keadaan begini. Hampir semua negara dunia terjebak dalam krisis pandemik semasa ini. Macam macam varian yg dapat kita dengari... beta, gama, lambda 

Entah bila semua ini akan berakhir. Hanya Tuhan saja yang mengetahui.

Anda dah divaksin? Kalau belum cepatlah dapatkannya. Usah terpengaruh dengan dakyah antivaks semua tu.

Anak anak cikson termasuk kami suami isteri dah . Kecuali yang tinggal di Pahang. Lambat benau ya orang Pahang dapat vaksin.

Semalam anak kedua dapat dos pertama di UKM ppv. Syukur. AZ katanya. Sabtu ni pula anak ketiga. Yang bongsu akan menerima dos kedua AZ 

Semua sanak saudara cikli yang seusia kami dan ibu mertua pun selamat divaksin. Sekarang giliran anak anak saudara pula. None in our immediate family are anti vaks gitu. 

Tadi terbaca diblog , yang meninggal boleh dikatakan 99 peratus yg belum divaksin. Orang yang dapat vaksin boleh dijangkiti tetapi tidaklah mudarat hingga hilang nyawa.

Hope vaksin utk anak anak kecil pula boleh dibuat tidak lama lagi. Risau baca ada bayi yg meninggal akibat covid ni. 

Terkini tergelak juga tgk kreativiti begini


Dah dah... bila Perlis mencatat 0 ( kosong ) kes  dua hari berturut, berbanding Greater KL  adalah yg melawak begini..

Tapi janganlahhh... Perlis ni besaq kelemboi saja. Mau cunggit bumi Perlis kalau pakat dok serbu mai ramai ramai. 

Kalau MB Perlis ti Trump mau dibina tembok kelililing Perlis macam ni...pulak ada yg dah berimajinasi... 


Dalam situasi begini, kadang kadang lawak lawak begini adalah sikit mencerah hari.

Syabas orang Perlis... jangan meroket ke langit sudahlah lepas ni.. Sama sama kita patuhi SOP. Duduk dirumah! 

Thats all folks. Jaga diri. 

No comments:

Post a Comment