Saturday, July 10, 2021

Kerusi roda ....

 Dah berhari aku biarkan blog ku sepi. Bukan kerana sibuk sangat tapi kerana kerana sakit kaki.

Tak tahulah... apa yang menyebabkan kaki ku terseliuh. Bengkak dan sakit bila berpijak.

Hari hari mula aku masih berjengket jengket, namun bila sakit bertambah, aku bertongkat dan kemudian berwalker. Akhirnya terus berkerusi roda!

Mujur di awal cikli berdialisis ,kerusi roda yang rosak tayarnya aku dah baiki. Maka bolehlah aku naiki.Ke hulu ke hilir aku bergeak dalam rumah diatasnya. Kalau tidak, mau saja aku bertapa diatas katil.

Kesian pulak tgk cikli yang ambil tugas ku menguruskan kerja rumah. Membeli makanan, membasuh pinggan dan harini menghantar pakaian ke dobi. Dia pun bukan sihat sangat lebih lebih bila balik dari kelas dialisisnya. 

Hari tu, kami ke sebuah klink yang selalu aku kunjungi. Adalah tiga jenis ubat yang di preskripsi. Nak dekat habis ubat aku telan, the result has yet to be seen. Minta minta tu by tomorrow my ailing feet is back to normal. Penat dah berkerusi roda ni....

Namun kata anak, sprain kaki ambik masa dua tiga minggu baru baik....huhu.

So now... cikson biarkan...

Pinggan di sinki cikli basuhkan

Kain baju dobi settlekan

Sapu sampah saja digagah gagahkan. Sebab mata tak boleh nampak kekotoran dan kaki tak boleh pijak kalau debu debuan.

Mama rest tau. Jangan buat kerja... kata anak anak.

Tapi mata mama dah nampak sawang berewang, debu dan sampah bertebaran......

Dan nombor syarikat kemas mengemas rumah cikson dialkan..

Cik, sini syarikat XXXX ke?

Boleh dtg ke RBL. Makcik perlu bantuan.

Sementara itu, kerusi roda jadi teman.. sementara kaki masih belum baik utk berjalan.


4 comments:

  1. ohh sampai berkerusi roda? must be very painful. :( inshaaAllah Dipermudahkan olehNya urusan cikson sekeluarga. kena p balik klinik tu. mcm2 differential diagnosis since tktau punca terseliuh. wallahu'alam. *hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ,dah bertambah ok sekarang. Tak lagi perlu berkerusi roda

      Delete
  2. Moga cikgu diberi kesembuhan seperti sediakala..aminn

    ReplyDelete