Sunday, June 20, 2021

Serba salah kita.....


 Satu petang tatkala berseorangan .

Ternampak susuk tubuh kecil di laman depan rumah.

"Makcik, boleh tolong . Kereta kami habis minyak." anak kecil itu bersuara.

Antara jenguk di sebalik pintu, aku memberitau dia.." Maaf dik, makcik tak dapat tolong. Minta tolong orang lain ya"

Aku terus mengawasi kereta di luar pagar rumah. Nampak dua wanita keluar dari kereta. Salah seorang mereka ku lihat menahan abang motor minta tolong. 

Rasa bersalah bersarang.

Cepat cepat aku salin pakaian lebih sempurna . Keluar rumah bertanya khabar.

Itulah bila sering terbaca kes kes yg terjadi di Perlis sejak dua menjak ini. Nak hulur pertolongan pun jadi berhati hati. Modus operandi kehabisan minyak sebelum menyamun ada terjadi beberapa minggu sebelum ini.

Anak kecil juga yang datang meminta pertolongan kerana kehabisan minyak sebelum yg dewasa menyamun tuan rumah.

Itu yg buat aku berhati hati. Lagi pun depan rumah ku banyak kenderaan . Boleh saja minta tolong.

Kenapa dengan kereta? Aku bertanya.

Ntahlah cik. Rasanya habis minyak.

Ada signal minyak kat tanda E tak? Ada simbol lampu aladin keluar tak? Soal ku. Hai macam inspektor sahab dah aku ni.

Si pemandu blurrrr. "Ntahlah tak ada pulakk."

Contact point masaalah kot..teringat aku akan kejadian kereta kami tersadai di satu traffic lights di Ipoh. Mujur ada penuntut2 kolej tolong. Tidak tentu jadi mangsa penarik kereta tunda yg dah macam vultures nak tunda kereta kami. 

Besoknya bila di periksa , hanya masaalah contact point saja. Andai ditunda ke workshop ,entah entah barai kami di charge yg bukan bukan.

"Suami saya cenge tau. Jangan nak pandai pandai!." Aku bertegas kepada pemandu kereta tunda yang beria ria untuk menyangkutkan kereta kami utk ditunda. Masa itu cikli ke stesen minyak utk membeli minyak kerana sangkanya minyak dah habis. Yg tinggal dalam kereta hanya aku ,anak yg masih kecil serta pengasuh adik. 

Sampai hari ini peristiwa itu masih kuat dalam ingatan. Terimakasih adik adik penuntut kolej Tuanku Bainun yang menolong kami. Siap tidur rumah mereka lagi.. hihi.

Andai terjadi diatas lebuh raya,lebuh kami hari tu. Masa tu lebuh raya agak menggerunkan. Mula mula dibuka,mana ada banyak kereta guna. Hutan memanjang. RnR pun rasanya belum ada.

"Cik nak kemana dari mana? "

"Nak ke kedai mas makcik."  

Setelah mereka selesai menyelesaikan masaalah kehabisan minyak,cikson ke dalam rumah . 

Ntahlah.... sekarang ni akibat terbaca tentang macam macam hal yang terjadi, kita terpaksa berhati hati.....

Serba salah kita dibuatnya.

Thats all folks.. bye.

Sunyi pula tanpa budak budak tiga ekor tu. 




No comments:

Post a Comment