20.1.2021. Tarikh keramat buat guru guru. Juga buat murid murid . Persekolahan tahun 2021 bermula hari ini. Betul kan?
Namun semuanya tak sama macam biasa. Dek covid 19 yang belum reda. Malah terus mengganas dan menggila. Samar2 nampak hujungnya.
Kalau biasa biasa, hari ini paling meriah. Dari barisan pentadbiran , staf juga parents. Perhimpunan pagi pertama utk tahun itu penuh debaran. Lebih2 lagi buat ibubapa murid tahun satu. Nak tergelak pun ada bila mengimbas kembali momen2 itu. Selaku guru penolong, penolong kanan dan akhirnya GB ,aku rasai semua.
Debar guru bertugas mingguan.
Debar selaku penolong kanan yang kena berucap depan perhimpunan
Lebih lebih debar seorang GB ,yang perlu memastikan perjalanan perhimpunan sekolah berjalan aman. Kerana berpuluh mata parents yg memandang. Lebih2 lagi bila ada orang pejabat datang bertandang.
Hari pertama sekarang ni bagaimana ya. Masih begitu begitu juga tanpa ada perubanhannya?
Lupa... hari ni kan sekolah hanya dibuka utk tahun peperiksaan saja. Murid lain duduk dirumah . Tentu tak ada perhimpunan pagi...
Semasa aku berpencen, pencen ku di sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Satu2nya sekolah rendah di Perlis masa itu. Silih berganti GB datang dan pergi selepas aku, satu2nya GB perempuan di situ.
Kalau aku GB lagi....
Ehhh apa ya nak ku hadapi.
Perhimpunan pagi apa yang jadi?
Mungkin ku rekod perutusan tahun baru persekolahan. Muatkan utk siaran melalui you tube.
Banyak benar yang kena dihadapi guru2 sekarang ni. Dari pembacaan ku, pening kepala menggambarkannya. Lebih2 lagilah bagi guru2 dan pentadbir.
Harapan ku pada PPD ... janganlah saja saja terjah sekolah kalau nak cari kesalahan. Dalam kelam kabut era ini , tentu banyak yg jadi tak ketahuan. Pergi ajar caranya. Beri semangat pada mereka.
Selamat mengajar buat anak yang mula mengajar disekolah baru. Dalam suasana baru adakala kita mudah keliru. Jangan buntu. Cari ilmu.
Masa di zaman persekolahan.. jadi guru, tenaga pengajar guru, pentadbir dan ketua sekolah, aku sentiasa terbuka utk belajar. Berpuluh buku k beli utk itu. Nampak saja buku berkaitan kerja, laju saja aku membeli. Dan tak malu minta anak2 mencari.
Sekarang banyak yang mudah. Ada internet ,google saja.Semua ada. My favourite is HOW TO.....
Selamat Mengajar cikgu2. My doa is with you.
Bye.
semoga dipermudahkan urusan cikgu2 semua
ReplyDeleteAamiin.
Deletehopefully all the student boleh adapt
ReplyDeleteHopeful for that too. Kesian pd mereka yang tak dapat kan. Hilang sia sia arah tujuan pendidikan.
Delete