Friday, January 22, 2021

Satu hari dalam semalam yang kalut....panjang nukilannya.

 Pagi pagi lagi bersiap dan iringi cikli utk temujanji dengan doktor di hospital Tuanku Fauziah.

Cikli memasuki kereta dan memandu. Aku jadi penumpang.

Sampai di hsopital, cikli turun dan aku jadi pemandu. Arah tuju yang belum tentu. Tapi adalah niat nak isi gerobok makanan ku yang dah kering kuntang. Tambah tambah esok mula PKP buat kami.

Ehhh... kenapa aku ? Brake yang ku tekan menghinjut hinjit. Sekali tekan terus meragam.

Nak buat apa ya? Aku mula panik.

Ehh janganlah panik. Pick up yourself . I reminded me.

Dalam henjutan, aku teruskan memandu . Bukan menuju jalan balik tetapi ke pusat servis Eon di jalan yg aku selalu pergi.

Aduhaiiii... bengkel kebiasaan ku tutup . TUTUP. Rapat. Not even a car was in sight.

Dah bungkus? Dah pindah ? Aku berteka teki.

Dalam kalut itu , aku terpandang se buah bengkel just diseberang jalan. Langkah ku atur ke sana.

Cik... taukeh ..tolong tengok saya punya iriz. Kenap jalan henggut henggut. Kunci ku serah pada taukeh yang menyapa ku.

Brake makan tak cantik. Kata pomen India pada ku. Taukeh sendiri memeriksa keretaku dan bertukang membetulkan ke adaan.

Siap!. dengan bayaran RM 104 ringgit. 

Rasanya bengkel ini akan jadi tempat utama aku menservice kereta ku lepas ini. Taukeh Ah Soon peramah dan ini diakui oleh pelanggan sebelum aku.

Dia buat baik... she says referring tu taukeh Soon work. 

Finis satu hal.....

Telefon ku belek.. ehhh cikli masuk wad kecemasan. Tadi dia jumpa doktor di mopd. Apa pulak jadinya.Aku sudah ada di rumah masa ini. Waktu pula matahari tengah meninggi. Dengan baju ku yang ku rasa berdebu akibat dok langut tauke Ah Soon membetulkan kereta ku.

Mandi, solat asar. Aku memandu iriz kembali ke hospital. Wad kecemasan aku tuju. Bekalan bihun goreng pemberan adik cikli ditanganku. 

Mohon kebenaran melawat cikli. Mujur di beri. Selepas cikli makan aku keluar dan menunggu di luar.

Pendaftaran cikli aku uruskan dan ditempatkan di wad perubatan lelaki. Ramai pesakit yg berumur dan kronik kat sini. Macam2 bunyi boleh didengari. Malam ni tentu riuh lagi.

Nurse... kalau ada wad kosong ,pohon boleh pindahkan patient katil 14? Cikli layak bertukar ke wad lain.

Selepas melihat keperluan cikli mencukupi, aku mengatur pulang. Hey.. ada pasar malam! Singgah gopoh gapah beli sedikit ikan dan sayuran. 

Sampai rumah, hampir senja. Lihat anak anak bulus bukan main suka. Bebas ya . Time masuk rumah, aku kata.

Mendengus mereka bila aku kunci pintu sangkar. Kelambu ku labuhkan. Good night.

Malam tu , aku berdinner dengan roti arab dan kuah gulai ayam kampung. Boleh lah menampung  perut malam ni.

Midnight came... cikli messaged to say that he has moved ward. Alhamdulillah. Namun satu saja disana sejuk gedi. Mau kejung kaki.Bertabahlah cikli. Picit loceng nurse datang pasti. 

Haa haaa... panjang lebar cerita ciksn kali ni. Saja . Bukan apa apa

Thats all folks. Today, being our first day in PKP, risau nak keluar ke mana. 

Petang nanti, lain cerita. Bye. Salam Jumaat semua. Take care.




2 comments:

  1. Replies
    1. Atie, betul. Sedap sunggoh cicah roti arab dgn gulai ayam kampung yg makcik beli kat FAMA tadi. Kenyang.

      Delete