Tuesday, January 19, 2021

Lega dalam tak lega...

 Lega sedikit kerana semalam aku boleh tidur. Tak terjaga dek bunyi bunyi yang tak menyenangkan. Feeling fresher than other mornings when I woke up feeling groggy  ehh I mean sleepy and moody.

Burung burung putih ala bangau sudah kelihatan di sawah depan rumah. Semalam nampak dua tiga ekor berterbangan. Pandai mereka . Tahu bila ada rezeki menunggu. Pokok padi telah nampak menguning tanda telah berisi. 

Rimbunan daun daun buluh ditepi pagar rumah melambai lambai seolah keriangan. Setelah pemergian tuan rumah sebelah, pokok2 dilaman sebelah mula macam tak terjaga. Tmbuh semaunya. Dan rimbunan rimbunan itu telah menjengah ke laman kami...

Burung burung masih girang berciap ciapan. Riuh suara memanggil manggil . Berbagai rentak dan irama .

Haah... tak nampak pula geng bapa ayam,ibu ayam pagi ni. Mana depa pergi ya? Tak dengar kokok2 seperti baiasa. Juga panjat memanjat bumbung kereta. Dah kena jual ya?

Semua ini merencah suasana pagi RBL. Ceria. Meriah. 

Namun kegusaran tetap bertapak dihati. Kes Covid 19 Perlis menaik lagi. Semalam 16 kes. Ngeri . Walau hanya belasan, tak setanding Selangor, tetapi angka ini dikira besar utk kami dinegeri sekecil Perlis ni. Kami dah MERAH! Allahu setaraf negeri negeri lain yang beribu2 kes. 

Itulah lengai lagi... aku berkonklusi. Ke sana sini SOP tak diikuti. Rasa kurang senang aku berurusan dengan mereka yang tidak memakai pelitup muka dengan sempurna. Atau tidak lngsung. Konfiden mereka tahap dewa. Yang pelanggan mereka tidak ada apa apa. 

Dah habis barang runcit aka groceries di rumah. Nak keluar rasa kurang selesa. Nak ambil COD dah terkena. Shopper tidak menepati piawaian seperti terma. Barang yang dihantar ... hai tak taulah di mana dibelinya. Tapi harga di kenakan boleh tahan juga. 

Sunggoh teruja aku menerima . Hadiah tak diduga. Hantaran anak dari ibukota. Glady's baju baju yang aku suka. Anak ini ada saja pemberiannya. Semoga Allah merahmati dia sekeluarga. Murahkan rezekinya. Baru sangat dapat handphone, kini baju pula. 

Hmm...kenapa ya. Dua helai baju tapi berbeza qualitinya. Bila diamati... satu ori dan satu copy saja. Pandai pekedai mengguna kata kata. Kalau harga sama antara duanya.. nampak sangatlah ada muslihahnya. 

Thats all folks. Bye. Stay safe always.

Buat anak anak... love you all dearly. 

No comments:

Post a Comment