Kisah semalam. Kalut yang semacam.
Begini ceritanya.....
Jam 5 cikson bersiap dan memandu menuju Hospital Tuanku Fauziah. Dalam hati tentu cikli gembira malam ini ada teman . Semalam dia dipindahkan ke bilik seorang di blok baru. Pernah beberapa kali di sini. Selesa kerana tiada sesiapa. Senang sikit utk menemannya.
Sampai . Park kereta. Keluarkan beg makanan dulu dan laju menuju bangunan baru. Sampai dikaunter kejutan menunggu ku.
*Cikli doktor tak tulis dia perlu peneman.
*Sekarang bukan waktu melawat. Dah sebulan berkuatkuasa ,kat hospital ni tak ada masa utk lawatan.
*Umur makcik tak boleh jadi peneman.
*Makcik...mana mask?
Hhhhhhhaha... yang last tu buat aku tersentak. Really? Aku tak pakai mask? Ya Robbi.lupanya aku. Aku lihat kedai selangkah dua dari ku masih terbuka. Cepat2 aku tinggalkan kaunter dan ke sana. Mask ku beli sekeping dan terus memakainya. Legaaa.Sejak dua menjak ni aku jadi pelupa sangat...
Kembali ke kaunter dan teruskan berjumpa pengawal.
Cik, Saya akurlah semua peraturan tu. Tapi makanan ni boleh tak saya hantar naik.
Cik, tak boleh. Makcik tak boleh naik ke atas. Bagi kat kami ,kami pi hantaq.
Isssh bagaimana ni. Aku bawa ration utk dua orang. Banyak makanan ni.I rang up cikli minta dia buat pilihan . Nak nasi atau lontong yang ku bawa.
Cikli memilih lontong. Beg makanan ku beri kepada pengawal .
Dalam perjalanan pulang ,aku realise aku beri mangkuk berisi nasi juga. Haha... Tudia..penuh tupperware tapi tanpa lauknya. Biar sajalah. Nasi boleh ku masak lain.
Telefon berdering berkali kali. Mungkin cikli. Takut ada apa2 yang penting, aku berhentikan kereta ku ditepi jalan. Cikna rupanya. Lepas berbual ,perjalanan ku teruskan.
Gitulah kisahnya. Pengajarannya orang tua macam saya jangan cuba nak ke hospital. Urusan kalau ada yang muda serahkan pada mereka. Kalau tak ada nak buat macam mana. Cubalah juga...
Kadang kadang kita terlepas pandang akan peraturan. Bukan saja saja nak langgar. Tapi kita ketinggalan mengetahuinya
Tapi orang tua macam saya, selalu juga lupa.Next time kena double check.Triple.Quadruple.
Kadang kadang saya kalut semacam.... aduhai.
No comments:
Post a Comment