Wednesday, January 13, 2021

Mulanya PKP 2.0...eh darurat pulak datang menyelit .

 

dengar dengan teliti, apa pula perutusan kali ini

Lots of surprises. Mula mula PM announce PKP 2.0. Kali ini negeri2 dalam Msia kena gam sekali lagi. Tapi gam berbagai ragam. Yang kena gam kertas budak sekolah rendah Perlis dan Sarawak. PKPP itulah yg kami kena patuhi. 

Anak di Pahang kena PKPB...relaks juga . Macam kena gam UHU. 

Dan yang kena gam gajah adalah anak anak di Selangor dan Wilayah. Nak keluar memang payah. 

Then came DARURAT! wahhh ni dah loghat. Tanpa apa2 signal, PM sekali lagi ke udara,mengumumkan perincian Darurat yang telah diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong. Melengung kita. Ehhh apa dah jadi ya. Everyone was caught by surprise.Including me.

Its a good move. Say many netizens. Ketidaktentuan politik tanah air dalam krisis covid yang makin meruncing ini makannya. Ambik kau. Nak lagi lompat parti sana sini. Nak sokong tak sokong hingga rakyat marhaen dah jelak dengan permainan mereka. 

Setiap kali ada politician buka mulut , setiap kali itulah tiang pemerintahan negara dihinggut. Maka bila PM kata kita kena Darurat , banyak yang tak menrungut. Rakyat biasalah. Yang ahli politik lain pula sambutannya.

Apa apa pun 12.01 hari Rabu bermula PKP 2.0. Dan Darurat bermula sehari awal. Backdated to 11.1. 2021.

Nak tahu, bukan M'sia saja yang declare darurat. Banyak negara pun sama. Terkini Trump declare darurat utk Washington State. After all his incitements, this is it. Mengikuti berita dari sana, aku terkedu. After all this while , respecting Uncle Sam for their democracy, this is bs. Itulah bila ketua negara tersalah pilih oleh rakyatnya. Semoga negara kita yang kita sayangi terpelihara dari keadaan ini.Punya PM yang syok sendiri.

Semalam, angka covid positif merekodkan yang tertinggi. Allahu Akbar. Mendengar angkanya aku jadi dedar. Berdebar rasa jantung. Risau pun datang mengunjung. Kerana 3 anak anak berada di kawasan itu. Harap sangat mereka waspada selalu. Terpelihara . Itu yang aku doakan. 

Selamat menjalani PKP 2.0 folks. Sama sama kita landaikan lengkuk covid dengan duduk di rumah. Patuhi SOP. 



SJR pun bermula.....



No comments:

Post a Comment