Tuesday, January 12, 2021

4 negeri 3 PKPs....antara kami.

 Semalam sahih sudah status PKP kita. Selama ini kita berteka teki berteka tekuk. Sahhhh. Keluarga dekat cikson yang berada diempat negeri terlibat dengan PKP yang berbeza.

DiCyber dalam Selangor,cikna kena PKP. Begitu juga keluarga cikten dan abang wen yang berada di Wilayah. SOP ketat. No social activities allowed. 10 km radius sahaja boleh pergi. No rentas daerah. Kesian mereka walau dekat tetapi jauh dek PKP. So no more visiting for cikna to cikten's house .So too uncle wen. Mesti rindu mereka akan anak saudara mereka yg  keletah .

Ciklin bercadang nak jenguk kami kat Perlis pun terpaksa KIVed. Di Pahang PKPB. Boleh rentas daerah tapi tak boleh keluar negeri. So rindu boleh on hold masa ini.

Dan di sini, Perlis kami hanya kena PKPP. Namun pergerakan keluar negeri terhenti. SOP tidak mengizinkan. Maka kalau nak kemana mana pun dibatasi sempadan . Rancangan nak melawat adik2 di Kedah pun kena letak ketepi. Ohh me.

Perlis walau berstatus PKPP bersama Sarawak, anak negeri tidak juga senang hati. Was was sepanjang masa. Lihat plate kereta luar pun curiga . Dalam fb, riuh rendah mereka memarahi mereka yang pulang jumpa keluarga dan terkena covid ini. Juga kepada pelancong yan datang dan pergi. Ada juga benarnya kerana boleh kata hampir semua pesakit punya contact rapat dengan mereka yang datang dari zon merah. Juga mereka yg keluar melancong . 

Hari tu ada kami bercadang nak makan ikan bakar di Kuala. Nah... semua kedai penuh . Kereta pun banyak diparkir sepanjang jalan menandakan ramai yang ke Langkawi. Seram tengok manusia bersesak menaiki feri... berani mereka. 

Hari ini jam 12.01 maka akan bermulalah PKP,PKPB,PKPP untuk kita. Ada beberapa jam lagi sebelum pintu sempadan negeri ditutup. Tentu kelam kabut mereka yang di luar nak balik negeri atau kampung masing masing. Lalulintas di PLus bagaimana ya? Kalau dahulu hari ni ramai berpusu2. 

Semalam menonton di CNN...the Insurrection of Donald Trump. Phew ... semoga dijauhi kita dengan pemimpin gila kuasa begini. Seriau tgk .

Thats all folks. Stay safe always. Buat anak2 , take good care of yourselves and families. Mama loves you all always. 

Semoga 2 minggu ini kita semua tabah dan kuat menghadapi cabaran ini.

Bye. Love from utara. 


2 comments:

  1. sarawak pkpp tp kuching pulak pkpb... dh x boleh nak bebas ke mana² bawak anak² nasib semalam dh setel keperluan sekolah mereka

    ReplyDelete
  2. Semoga pkp 2.0 ni menurunkan jumlah kes yang dah 4 digit

    ReplyDelete