Thursday, January 14, 2021

the new bulus of RBL.....

 Selamat pagi semua. PKPP kat Perlis masuk hari kedua. Di KL dan Selangor PKP pula. ....ehhh jemulah cerita tentang PKP semua. Dari tahun lepas tak nampak bila akan tamatnya.

Anyway... status Perlis dari Hijau dah banyak kawasan jadi kuning. Berbelas kes positif aktif dan 153 orang masih belum terima status mereka samaada positif atau negative.

Coming back to my story...tentang anak2 bulus of RBL.

Dengan kedatangan ketiga tiga kucing kayangan dari KL bertambahlah penduduk berbulus diRBL. Mula mula nampak tiada sefahaman antara penghuni asal dengan pendatang. Hisssss memanjang bila bertentang mata. Lebih lebih lagi si Monkey.

Ehhh lu orang jangan ranggi haaa. Ni kawasan kami, mummy kami. Mungkin itu yang di hisssskan olehnya terhadap Moki, Ayang dan Koko.

Namun sekarang nampak sedikit kemesraan antara mereka. Suara suara hissing tu dah tiada. Boleh dah bersama sama lepak di bawah extension yg cikson buat.

Ehh satu hari si bapa ayam pun masuk ke dalam sangkar kucing dan bersantai dalamnya. Agaknya teringinlah tu nak sangkar serupa.

Heyyy...baliklah rumah kamu. Ni rumah kami.. Kata si Moki sambil menyeringai . Apalagi cepat2 bapa ayam itu sedar diri dan cabut lari. Mujur lagi.

Semalam ,si Ayang buat hal. Dah senja masih belum kelihatan. Entah kemana dia menghilang. Bila namanya dilaungkan , terdengar suara dari rumah sebelah pagar.

Heyy balik, Dah malam ni. Makcikson memanggilnya. Dia buat tak dengar. Guling gantang dia di atas tanah. Cikli ke sana dan akhirnya dia melompat celah2 besi pagar balik ke rumah. Namun dalam sangkar masih dia tak mau masuk seperti biasa.Dia lari bersembunyi bila cikli mau menangkapnya.

Kami tinggalkan dia dan masuk utk menunaikan maghrib.

Lepas maghrib, cikson tengok dia sedang mengeliat diatas simen didepan sangkar. Perlahan2 dia dihampiri dan tidak membantah bila dibawa masuk sangkar.

Esok pula main na. Malam dah. Kena tidor...cikson berkata.

Ehhh manusia. Memang malam kami tak tidor. Apala kurung kami dalam sangkar malam2. Di cakarnya jari cikson bila dia dibelai.

Cepat2 pintu sangkar dikunci dan mereka cikson biarkan sendiri. Jumpa balik esok pagi...

Thats all folks. Cerita mereka yang berbulu . Comel comel semua.

Moki@ mummy

tgh buat muka kesian

si Teh, anak teruna yg baik kelakuannya

sangkar sementara kucing dari KL


siap dibuat buai  buat depa... namun tak dihiraunya...
Malam2 di kasi kelambu nyamuk pula




2 comments:

  1. Selamat berPKP.
    Cantik mata bulus tu... tapi renungannya sangat tajam ooo.

    ReplyDelete