Macam bermimpi pun ada. Harini di Kangar,besok lepas ke Cyber. Lusa balik Kangar....itulah pi mai pi mai antara Cyber dan Kangar.
Cikli akan mengharungi order baru dalam hidup dia Akhir Januari nanti. Menjadi pesakit buah pinggang dan kena jalani dailysis. Dari kaki,mata sekarang dia kena hadapi satu lagi treatment.Allahu.
Maka pergerakan kami akan terbatas.
Satu petang dia kembali ke rumah selepas temujanji dengan doktor. Sedih saja..dan satu cadangan dia cadangkan.
Oklah..kita pi lah sana. Aku mengiyakan cadangan. Mungkin selepas ini peluang utk ke sana lagi terbatas. Tambahan pula ada menantu yang sudi membawa dan menghantar kami balik.
Cadangan aku nak naik ETS dibantah sekerasnya oleh anak2. Bahayalah mama,katanya. Kami ada utk bawa dan hantar balik. Jangan lah naik ETS. Flight pun jangan. Kita zuuup terus Cyber. Tak masuk rnr pun.
Besar sangat hajat cikli nak lawat rumah baru anaknya diCyber. Maka hari Isnin itu kami ke sana .
Malam sebelum tu kami rai dengar perkabaran cikten dapat pindah ke SK dari SJKC. Kakak pula telah lulus pergerakan gred gajinya yang dinanti nanti. Alhamdulillah.
Debar rasa dengar desas desus PKP akan dikenakan sekali lagi. Bermakna tak ada lagi rentas daerah dan negeri. Mujur hajat cikli ditunaikan sebelum ini terjadi.
Syukur Alhamdullilah. anak anak merelaisasikan impian ayah mereka... cikli. Terimakasih menantu atas pengorbanan membawa kami ke sana walau kena ulang alik dari sana ke sini. 4kali pi mai pi mai tentu meletihkan..
Inilah sejarah perjalanan kami ke KL tanpa singgah mana2 RnR. Zuuuup terus tak ada henti henti . Tak ada buah2 yang dibeli atau berhenti minum kopi.
Pi makan pun cari kedai yang sunyi sepi. No crowds....sampai habih covid19 ini.
Thats all folks.
sphagetti masakan cikna..tuan rumah rumah cyber. |
No comments:
Post a Comment