Sunday, January 10, 2021

Kartini....

 Tak selalu aku melangut depan tv hingga habis cerita yang ku tontoni. Namun petang semalam itu yang aku buat. Cikli yang terlentuk tidur disofa membenarkan aku guna remote tv yg selalu dipegangnya. Dan dia selalunya tgk cerita orang putih yang aku kurang gemari. For me kalau tembak tembak, aku jauhi. Tak suka tgk cerita yang banyak keganasan. Bunuh membunuh is not for me.

Clicking channels after channels,I came to rest at a channel which shows Indon films.Film baru nak start. Kartini tajuknya..

Masih tertanya tanya aku adakah Kartini ini cerita tentang Ibu Kartini isteri Bung Soekarno? Nantilah aku cari jawapannya.

Kartini ... cerita yang membawa kita tentang perjuangan dan kehidupan zaman sebelum moyang kita . Jadinya di Indonesia. Masa ini kalau rakyat marhaen,hina dina kita dibuatnya oleh kaum yg diangkat darjatnya. Juga patuhnya anak anak kepada ibu dan ayah. Tak mengangkat muka depan mereka. Kena sentiasa tunduk bila bercakap. 

Kartini serta dua adiknya maukan kemajuan. Tak sanggup mereka jadi isteri ketiga atau keempat. Mereka mau belajar hingga ke Belanda. Bercita cita tinggi untuk membina sekolah utk kaum wanita. Malah mereka yang mempopular seni kraf Indonesia.

Kartini dipaksa untuk menerima pinangan suami orang . Menerimanya dengan berat hati berserta dengan syarat2 ..

Antaranya meminta supaya ibunya yg bukan keturunan bangsawan diangkat tarafnya. Diberi penghormatan sewajarnya. 

Pengahkiran cerita aku confuse sikit... kahwinkah Kartini dengan bakal Bupati tu kerana shot terakhir tunjuk dia berada di Belanda.

Well... sedar tak kita bahawa mungkin 60,70 tahun dahulu, kita pun sama. Anak perempuan awal nikahnya. Sekolah jauh sekali. Jadi isteri kedua,ketiga itu common. Buta huruf itu biasa. 

Syukur sangat sbb cikson diberi pendidikan . Malah kalau boleh ayah ibu nak kami pergi jauh. Susah payah mereka menyekolahkan kami adik beradik selepas merdeka . Walau kami perempuan. 4 adik beradik cikson yang perempuan semua ke sekolah. Semua berkerja. Boleh berdikari.

Ingat sangat ada mencemuh usaha bapa... anak perempuan buat apa bagi sekolah kalau makan pun tak cukup. Depa besar kahwin ,lepaslah tanggungjawab cikmat. Heee... kalau bapa terpengaruh entah apa jadi kat kami.

And my father stood his ground. Pompuan ke jantan ke semua kena mengaji. Kalau lagi tinggi lagi baik...He's a mee seller from Kulim would be proud today...anak cucu ada master ada PHD. Yang degree pun dah jadi common  antara cucu cicitnya. In fact dari berpuloh cucu2, hanya seorang dua yang takat SPM . Yang lain diploma at least. 

Semoga cicit Tok Mat mee ada yang jadi angkasawan ... cita2 tok Pohim satu hari..hihi. Meninggi bukan meninggi diri.

Dream for the sky....

Watching movies sometimes makes you realise that at different timeline, the struggle is different. Apa apa pun pelajaran nombor one. Jangan siakan. 

Thats all folks. Bye. Have a nice weekend.

Thats all folks. Tak sabar tunggu esok. Apa lah yang akan PM umum nanti.

NB* here's a write about Kartini

.Kartini. Have fun reading .

the real Kartini

the book

the film.





2 comments:

  1. Replies
    1. Atie, ok juga cerita dia. Dapat kita bandingkan kehidupan zaman fuedal dan kolonial diJawa dulu. Kesian tgk emak Katini ( Christine Hakim) jadi babu dlm rumah sendiri. Kena jln mengesot depan isteri muda bapanya. Hanya kerana dia org biasa dan isteri muda pula princess.

      Delete