Amboi meriahnya suasana RBL pagi ni.
Matahari pun belum menampakkan diri,namun hingar bingar terjadi. Tapi terhibur jugalah hati mendengar semua ni. Alhamdulillah, telinga masih berfungsi!
Sekumpulan ayam sibuk ke sana ke mari. Cari breakfast lah tu. Habis longgok sampah cikli dikais kais macam mencari sesuatu.
Kooook kwaaaaak...pelik pula bunyi bapa ayam kali ni. Sambil kaki macam menari nari. Mengelilingi sang betina yang selalu dia dampingi. Depa ni bertiga. 2 jantan satu betina... amboii. Yang betina ni seakan nak bertelur. Habis dipanjat kereta kami dan juga kerusi taman utk cari tempat mengeram.
Tapi yang jantan kurus tu buat apa dok menempel pasangan bapa ayam gemok. Ada saja dia .
se kawan cikyam... ehh ada 2 couple rupanya. |
Sebentar mereka diluar, tiba2 nampak mereka bergegas masuk.
Grrrrrrrr....meoooowww. Bunyi si ibu mendengus. Kepala menjenguk keluar sangkar menghala belakang rumah. Garang bunyinya.
Ehhh... pasai apa ni,marah2 Moki.
Ohh... kelibat kucing jantan kelihatan terhendap2 di belakang rumah. Takut akan Moki dia cepat2 beredar. Kelmarin dia kena kejar Moki hingga hujung laman. Ambik kau. Nak ngorat lagi kucing KL.Depa kucing hipsterlah mana nak layan kucing kampung nak oooi.
si koko ni pemalu amat |
Heyy... musim mengawan ke la ni.
Dari tv,lagu Hindi zaman cikson muda2 dulu pun berbunyi....indah suasana pagi.Terhibur sebentar hati ini. Lupa sat tentang kovid dan banjir terkini...
Isnin ni baru tau nasib diri bila PM buat perutusan lagi...
comelnya si koko
ReplyDelete