Sunday, January 24, 2021

SEpi..............

Hari ketiga PKP di Perlis ini. Hari ke empat cikli di hospital. Hari berganti hari. Hidup perlu dilalui.Biar apa terjadi.

Di luar masih terdengar suara suara burung berbunyi. Juga deruman enjin kereta yang laju menuju destinasi.Mungkin mereka keluar rumah mencari rezeki, si burung ,si ayam dan juga pemandu serta penumpang kenderaan yang lalu di sini.

"Bagaimana PKP you. I disini ok ok saja. Jangan bimbang. Nurse ada membantu." Cikli menghubungi aku petang semalam.

"Kunci pintu elok elok. Jangan datang ke sini kalau tak ada hal. Bahaya". Tambahnya lagi. Aku akur saja. PKP memisahkan kami. Selalunya bila cikli masuk wad ,aku akan teman. Namun peraturan hsopital yang ketat masa ini, menghalang aku ke sana.

Maka hari hari ku harungi .Sepi. Namun aku dah terbiasa begini. Aku memang suka menyendiri. Dari muda muda lagi. Aku takut nak berkawan ,lebih lebih lagi kalau dengan yang berpesonaliti ranggi. Suka cakap ikut hati. Buat lawak yang mengena diri orang... eh memang aku tak gemari sikap begini. 

I am too sensitive. Kata ramai. Memang aku akui. Cepat terasa sikap aku. Dari dulu dulu kala. Tak boleh nak ubah . Dan aku kuat ingatan. Itu yang memburukkan ke adaan. 

I was a bright student when the subject involves memory. Ingat lagi subjek yang membolehkan aku naik pentas adalah pelajaran yg perlukan hafalan. Geografi dan History . Sains and maths kelaut dalam aku pergi

Masa pertandingan General Knowledge ,aku lah juara ...hehehe. 

Masih ku ingat, pesan seseorang. Anak anak jangan bagi pi jauh jauh . Susah nanti bila tua.

Yes, aku akui. Memang susah. Namun perlukah aku mengongkong anak2 kerana itu. Susah payah aku dan suami menyekolahkan mereka tentu sia sia kalau aku ikut nasihatnya. Perlis ni susah nak dapat kerja. Lainlah kalau aku millionaire, boleh bagi modal utk berniaga. Itu pun jangan. Biar mereka usaha sendiri.Yang penting beri pelajaran setinggi yang boleh. Yang lain kayuh sendiri..

Sepi... jom minum nescafe. Cicah roti 4 sagi.

Bye...Enjoy your day however it is. Sepi or penuh ketawa hihihi.



4 comments:

  1. Replies
    1. Cicah roti patsagi. Itulah kegemaran aunty setiap pagi. I am a nescafe original suam suam type of person.

      Delete