Selain tukang tebang pokok, dalam membuat awning seciput ini, makcikson berkenalan pula dengan tukang bumbung. Muda orangnya dan dari Simpang 4 datangnya.
Rajin dan responsible. Gitu cikli menilai akan dia bila dia mula datang buat kerja. Datang bukan berseorangan tetapi ditemani isteri pula. Ya..isteri dia datang membantu dia membuat kerja2 menaikkan batang2 besi rangka bumbung. Gigih mereka berdua berkerja. Sunyi saja tanpa banyak bersenda loka.
dan yang lebih buat cikson salute kat mereka adalah mereka tidak memilih kerja. Habis ditapaunya. Bersawah,membantu kerja dikedai makan , bertukang dan dari Isnin hingga Sabtu petang si suami berkerja jadi tukang kimpal di syarikat lain.
Working everyday of every week. Buat mencari sesuap nasi.
Kerja memangah lambat kerana hanya hari Ahad saja si tukang bumbung berkelapangan. Namun cikson faham. Tak mengapa asal siap sudah. Lagi pun ini pun cara kita membantu mereka yang susah. Cikson tak banyak kerenah.
Seronok berbual dengan anak tentang pengalamannya membeli rumah. Kecekalan dia antara penyebab dia berjaya melengkapkan rumahnya. Berurusan dengan kontraktor yang banyak kerenah satu pengalaman buatnya. Mujur tak kena kapur .
Antara tukang pembuat dan tuan rumah yang berurusan ,mesti ada kesafahaman, bertolak ansur dan percaya mempercayai. Kalau tiada semua ini, apa pun tak menjadi.
Tuan rumah jangan sombong dan pembuat/artisan yang dihired jangan ambil kesempatan, culas dan halai balai. Baru kerja menjadi.Baru tuan rumah tidak susah hati.
Yet to see the end product. Kena bagi tau diri..sabar kena tinggi. Kerana orang yang di upah banyak kerjanya sendiri. Cuti hanya sehari...
Pagi ini masih sempat tengok samada bulan ada bintang dilangit. Besok naik bumbung terlindunglah dia dari pandangan kami.
hari dah pagi,bulan dan bintang pun dah tak nampak lagi |
Thats all folks. Bye. Have a fruitful day.
alaaa...nanti dah ada bumbung tak nampak dah langit mcm ni
ReplyDeleteSekarang, pintu gelongsor hanya sajikan dinding rumah jiran. Nak tgk pemandangan kena pergi ke tingkap.
Delete