Hari masih kelam. Melintasi pintu gelungsur,aku amati sesuatu yang belum pernah ku lihat sebelum ini. Nun diufuk timur ( barat?) aku dapat lihat satu cahaya terang tanpa kerdipan. Memancar. Statik. Rasa dekatbdengan bumi. Semalam dia di situ. Pagi ini pun masih disitu.
Namun berlainan dari pagi semalam, pagi ini dia ditemani rembulan. Lebih tepat anak bulan yg menyerupai tanduk lembu.Ingin aku abadikan pemandangan itu namun aku gusar utk melangkah keluar. Nak ku tangkap gambar, talipon Asus pula kehabisan bateri. Jadi pemandangan unik ini akan berlalu pergi.
terlepas gambar bulan dan bintang. Pagi besok pula baru mereka datang. |
Besok, bila awning dinaikkan,aku telah tidak dapat lihat lagi pemandangan ini.
Aku rasa bintang yang ku lihat adalah satelit. Dia tanpa kerdipan. Cahaya nya pun tidak seperti sang bintang.
Mungkinkah ini satelitdari China. PRC kan telah melancarkan matahari tiruan ciptaan mereka katanya. Matahari ini boleh menerangi bumi China bila waktu malam. Jadi mereka lebih masa utk hari siang. Lebih masa utk mereka berusaha mencari makan. Juga tidak lagi bergantung kepada kuasa letrik.
Nonsenselah kata sesetengah kita. Nak lawan kuasa Allah. Mana mungkin.Nak cipta apa yang Allah dah cipta.
For me, semua dapat dilakukan kalau kita beruasaha. Kalau kita gunakan daya pemikiran yang dianugerahi Allah . Tidak mustahil . Apa pun kemajuan semuanya dari Allah .Kerana pemikiran atau otak yang diberi Allah.
Ya China tidak terperangkap dengan cerita2 yang terjadi dulu2. Meratapi nasib , sejarah apa yang berlaku. Sebaliknya mereka maju dan maju. Adakala gerun tenguk apa yang mereka capai. Ada yang tak masuk akal.
Semasa mengajar dulu, cikson cuba terap dalam diri anak2 murid apa yang murid2 kaum ini lakukan.Contohnya membawa bekal air kosong. Melihat anak2 Cina datang ke sekolah dengan air kosong berbanding dgn anak kita, cikson buat cadangan. Setiap orang digalakkan bawa bekal air.
Begitu juga tabiat membaca anak2 mereka. Ada masa terluang ada saja mereka baca. Maka cikson pinjam buku cukup utk satu kelas. Semua murid digalakkan membaca bila habis kerja .
Seorang murid Cina suka baca surat khabar. Cikson ambil contoh ini dan semai dalam murid Melayu. Setiap hari sebelun kelas, cikson tanya berita semalamnya. Jadual waktu dirumah pun cikson selidik. Apa dibuat mereka.... Breakfast mereka.
Cikson masa bertugas jadi guru sumber Jabatan Pelajaran berpeluang masuk semua jenis sekolah dalam negeri Perlis. Banyak perbezaan yang cikson amati. Bila melangkah ke dalam kawasan sekolah ,kita boleh lihat perbezaaanya. Tentang sikap murid dan guru, tentang perhiasan sekolah dsbnya.
Thats all folks.
Bila melihat bulan dan bintang tadi,terfikir apa lagi kemajuan ya dikemudian hari. Bye. Have a nice weekend.
Banyaknya perubahan yang cikson bawa untuk para pelajar
ReplyDeleteCikson suka pembaharuan. Lagi terdaya akan cuba bawa utk murid2 dan adakala kawan2 guru pun mengikut sama. Suka tgk bila ada semangat mau kemajuan sesama guru2 disekolah tempat mengajar.
DeleteMasa sekolah last, kami berjaya dapat anugerah sekolah kluster kecemmerlangan.
Alhamdulillah. Banyak kenangan manis selama berkhidmat. Banyak kejayaan diraih. Am so blessed.
i hope u had a good weekend :)
ReplyDeleteThanks Atie. Hope you too have a blessed weekend. Take care ya.
Delete