Tuesday, December 15, 2020

Satu dua tiga...tudiaaaa.

 Lauk dah perangat.Baju dalam washing machine yang semakin hari makin tenat. Nak putar putar pun dah tak kuat.

Hari kian hangat... lupa  pula matahari terbit sebelah timur,bukan barat. Penyebab suhu dalam RBL meningkat. 

Kerja kerja menaikkan awning dapur dan sliding door dah siap. Hanya kerja menaikkan simen saja yang belum dibuat.... kena tunggu next Ahad.

Seronok cikson tgk kerjasama antara suami isteri tukang atap semalam. Tanpa banyak songeh mau pun perbalahan mereka sepakat dalam menjalankan kerja. Belum pernah lagi cikson jumpa tukang rumah berkerja suami isteri. Serasi nampak mereka. 

Semoga dilimpahi rezeki yang luas buat kedua2 mereka. Pernah yang makcikson jumpa kalau suami isteri, si suami bukan main gah nak tunjuk kuasa. Walau tak kemana. Di herdik, di tempelak siisteri semaunya. Berbincang jauh sekali. Konon cara itu dipakainya utk menampakkan kepimpinannya. Tapi tak macho lah bagi makcik. Menyampah lagi ada.

Kisah penjual jalanan memaki hamun isteri dan anak kerana lambat sedikit ,kurang kemas sedikit buat makcikson boikot penjual itu. Tapi bila fikir itu pun rezeki mereka sefamili, cikson kembali membeli. But one good day, I sounded him.

Tak apa dik, makcik tunggu. Tak baik marah2 begitu bila cari rezeki. Tambah2 marah anak isteri. I said before leaving. Semoga berubahlah sipenjual itu . Tidak mudah membentak2 akan si isteri yang membantu. 

But in my mind I was saying... tak padan dgn perangai lah penjual itu.

Eager to see my newly installed awning?

Haaa... satu,dua ,tiga.... Nindia....

masa masih kerangka

setelah dinaikkan bumbung
Nanti2 berubahlah pemandangan itu bila siap sepenuhnya.

nanti Ahad naiklah simen.
sepanjang 3 batang tiang.. gitu.

 awning dapur.
Semoga masaalah reput pintu kayu pun tamatlah sudah..


For a meagre sum of less than RM 1.5 k ... bolehlah sekadar berteduh. Nak elok2 kita tunggu pemunya RBL... hihi.



2 comments:

  1. best betul baca pantun first phase tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie, berirama begitu. Tu la bila tulis dalam BM, sedikit sebanyak macam dah nak tulis lagu. Ada ritma selalu.

      Delete