Thursday, November 5, 2020

Bila mereka lawan ....debar sedunia.

Semalam,perhatian ku terarah kepada berita yang berlaku di sebuah benua nun jauh sangat dari sini.
Kalau dulu dulu ,zaman makcikson membesar, nama negara ni famous dengan cerita Red Indians.Suka sangat cikson baca cerita atau novel tentang sana.
The Last of the Mohicans
Roots
Gone with the Winds, 
Itu lah antara novel novel yang cikson baca bawah katil besi arwah tokton. Kalau baca di ruang tamu banyak gangguan. So under the bed was my safe haven...gitu.

Semalam, terasa dekat negara yang satu tu. Macam dekat dekat KL saja. Buka saja CNN, CGNA,BBC,ABC adalah tentangnya. Mereka berpilihan raya.
Merah dan biru warna skrin. Sekejap disentuh penyampai untuk memperkukuhkan hujah. So advance.At the touch of the screen, peta Amerika boleh menunjukkan keputusan undian yang sedang di kira.
Sekejap kita dibawa ke utara ,ke selatan, barat dan timur. Peratus undian dan siapa yang mendahului terpapar.

Dulu dulu,zaman sebelum internet, zaman baru merdeka jenuh berkumpul kami di depan radio nak dengar keputusan pilihanraya. Lepas tu depan baru depan tv.

Coming back to the US Presidential election, sengit nampaknya Biden berlawan Trump. Semasa cikson berhenti masuk tidur, Biden 238 dah. Mendahului the incumbent president. Tak taulah apa jadi lepas tu. Sapa yang dapat 270 dialah pemenang.
Macam2 lah hal Trump ni...
Berbeza dengan Biden yang nampak lebih cool.

Negara kita pun tak kurang debarnya. Jumaat ni Budget 2021 ditablekan. Harap harap janganlah ada yang tak elok. Biarlah semua baik baik saja demi kelangsungan hidup rakyat marhaen macam kita.
Effect kalau budget sangkut ,apa ya?
hah... siaplah . Mana duit nak bayar pencen dan gaji kita. 
Orang orang kayangan tak apalah. Bolehlah dikorek lubanglubang yang penuh harta dan wang utk belanja. 
True story... ada pengarah sebuah institusi yang sembunyi duit beribu2 didinding. Pandai dia...Dah kena tangkaplah dia..Agak agak dia pun bersedia untuk masa 2 begini.

Thats all folks. My blabbering for today. See you soon.
Nak bancuh nescafe minum dan cicah  dengan roti pat sagi. 

gambar googled.

Love you all.

2 comments:

  1. tak sabar nak tau budget 2021 nanti.. perlu ke tidak kita kluarkan kwsp tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie,
      Pesan makcik kpd anak2. Usah sentuh duit KWSP kalau tak perlu. Biarlah dia beranak pinak dlm tu.

      Delete