Monday, June 22, 2020

MI Familia.... my cikli


Happy Father's Day abah.... tenggelam timbul terdengar ungkapan anak dalam talian. Nun jauh diseberang banjaran Titi Wangsa, si anak yang dah hampir setengah tahun tak boleh balik, bertanya khabar berita.
Abah sihat ka?
Makan apa hari ni?
Happy Father's Day Abah...

Selepas itu berturutan anak anak yang lain membuat panggilan.Dari KL ke Perlis utk abah mereka yang dikejauhan.
Termasuk dua dua cucu sekali. Seronok cikli tak terperi.

Cikli, my hubby for more than 4 decades has many facades.
Jovial,pelawak, sensitif ,rajin kerja ,
Tapi dulu dulu panas baran nya boleh tahan juga.
Mujurlah,sekarang dah cool down sealiran usia.
Kalau tidak,pantang disagang,mau meletus perang dunia ketiga haha.

He's a family man. Thats what I could say.
A father who is responsible to his children in whatever way.
Dulu2 kebanyakan bapa suka keluar rumah to be with friends and minum kopi sampai pagi.
Mujur cikli not into it. Kadang2 saja pi fishing trip yang amat digemari. Ada masa kami ikut sekali.
Pelajaran anak2 tak dia abai. Infact banyak yang cikli buat.
Anak tak kenal huruf ABC, dia jadi cikgu. Habis tenaga dia utk mengajar anak yang celaru dan masih belum kenal huruf walau telah darjah satu. Alhamdulillah, berjaya sianak hingga masuk U. Ke seberang laut pula tu...

Sekarang cikli sudah tak aktif semenjak jatuh sakit. Tapi tu pun bukan boleh duduk diam. Mai ke petang, sibuk dia sarung uniform utk berkebun. Kadang2 risau juga cikson. Dok pi cantas, dok pi membakar dalam kebun peninggalan tokwan. Keliling rumah,is his territory. Habis tanah dia tanam. Pokok betik ,pokok nenas dan macam2. He has green fingers.

To me, he is a good supporter. Kalau dia tak support tentu cikson tak boleh advance dalam karier. Am thankful for that my dear.

Haha... Itulah sedikit coretan buat my honey dear...
Sapa lagi kalau  bukan my cikli

Dari album lama...
memancing ...kegemaranya

outing dengan keluarga juga sukanya dia

Ni masa rombongan pi Sabah rasanya..

Dua suami isteri ada manis ada masin dan masamnya... hihi.

Thats all folks.
Happy belated Father's Day to all fathers.
To ayah Pohim and Fateh too , Safuan my son in law.








No comments:

Post a Comment