Tuesday, June 23, 2020

Dah dtg pembaca meter ....


Bunyi motosikal memasuki laman RBL buat cikson henti seketika buat kerja.
Nampak penunggangnya turun kelam kelibut dari moto dan terus ke sisi rumah.
Dah dapat agak dah siapa yang datang tergocoh gocoh begitu.
Sebentar kemudian nampak dia melangkah laju menuju rumah2 sebelah.
Tak sempat cikson hello dan bertanya khabar, dia dah menaiki motorsikalnya dan berlalu pergi.
Cepat .Tangkas .Macam hendak mengejar sesuati.
Itulah aksi pembaca meter TNB yang kita dok tertunggu2.
At last! Sampai juga rumah aku.

Kertas yang terselit di pintu cikson tatap
Terbaca angka2 tertera buat hati tersentap.
Waaah....banyaknya. RM 800 + utk bil letrik macam merenjat.

500+ ringgit utk bacaan anggaran sebelum tu boleh lah diterima.
Lebih kurang RM 100 lebih utk sebulan kegunaan
Namun RM 240+ utk bacaan bulan 23 May hingga 22 Jun agak perit buat saya.
Apa yang banyaknya?

Hmmmm... water boiler tu agaknya.
Asyik tekan on sahaja walau nak bancuh se cawan.
Tu pam air yang dok berjalan. Walau air tak perlu dipamkan.
Air con sebiji pun tentu mkn karan. Kalau dibuka dari awal pagi sampai petang dan kdg2 sampai malam.
Well, all these need to be looked into.

"Kena beli thermos, tukar kedudukan plug pam air supaya senang ditutup dan buka.
Dua orang tua kalau berjimat cermat tentu boleh kekang kos bahan letrik dari naik dan naik".
Kata cikson pada cikli.

Smart Meter cikson google. Kena check adakah meter cikson smart atau tidak.
Bulan 3 dahulu ada technician datang menukar meter TNB kerana yang lama dah rosak.
Katanya Smart Meter ni mmg smart. Pandai mengayakan pembekal letriknya. Yang miskin kita.

Cerita bil TNB tinggi sebetulnya ada cerita.......
Eh...biar sajalah. Bukan salah kita. Tok sah dok pening kepalaaaaa.

Ginilah bil letrik RBL tahun ke tahun.
2015

2017

2018

2019

Tahunan bil letrik melantun lantun naik. Dan naik.
Menurun sedikit akhir tahun lepas.
Tahun ni macam dok naik kembali. Lebih2 lagi masa PKP.

Jadi seorang pesara sementelah pula cikli sudah tidak bekerja mengharuskan ciksoncikli berjimat selagi daya. Tak boleh hura. Duit yang keluar kena tahu kemana menghala. Tak maulah hidup dalam hutang yang banyak dan terpaksa meminta minta. Tak selesa la...

Berjmat cermat amalan kita. Taklah setiap bulan kena garu kepala. Ehhh...mana nak cari duit utk beli beras dan gula?

Bye... see yu





No comments:

Post a Comment