Mi Familia
My Family in Spanish
Hanya berpeluang bila ada peristiwa
Itu pun jenuh nak kumpul semua.
Ciklicikson punya anak anak
Cuma 4,tetapi ramai yang kata banyak
Teringat kawan guru Cina masa bertugas dulu
Dengar 4 orang anak, dia kata mau pengsan....jenuh nak uruskan.Hahaha
3 perempuan 1 lelaki.
2 dah lepas ,2 lagi masih free.
Kalau nak berbesan, masih ada chance ....
Makcikson tak lah sangat memilih dalam bermenantu
Kaya miskin tak jadi penentu
Yang penting, anak anak cikson di jaga, di hormati, hidup mereka aman damai selalu.
No ribut2,no hantu2. Huhuhu.
Susah sama ditanggung, senang sama2 meraikan
Buat cikson, apa 2 pertelagahan antara mereka, biar mereka selesaikan antara mereka. Kalau nak tegur sangat, anak sendiri yang kena ditegur dahulu. Tak mau jadi macam setengah mertua. Menantu yang kena bamboo. Apa2 salah menantu. That is not so aku.
Teringat pesan ibu ...yakni tokton yang telah pergi
Anak menantu kena dirai. Usah dicaci
Nak menegur biar fikir banyak kali. Macam kaca yang terguris
Sekali terguris,tentu susah nak licin kembali. Usah mengata antara menantu. Usah diperlekeh yang susah. Usah terlalu memuja yang senang. Itu contoh yang ku lihat dari ibu ku. Semoga aku pun begitu.
Mai cikson perkenalkan member of MI Familia...
Duduk dari kiri...
Cik Wan suami cikten disebelahnya.. Ayah si Pohim dan si Fateh
Cikten ,anak bongsu dalam keluarga..Ibu Pohim dan Fateh yang aktif .
Sang jejaka ditengah tu Uncle Wen..Masih bujang. Manager disektor pembinaan.
Ditepinya Auntie Eena buat Pohimnya... Bergaya dia. Executive di ibu kota.
Kak Long Olin pensyarah atas pelamin,bertemu jodoh orang Pahang.
Yang terlebih dewasa tu,ciksoncikli. Dah lebih 40 tahun bersuami isteri.
Harapanku.....semoga keluarga kecilku sentiasa dalam rahmat Allah swt. Dijauhi marabahaya,pancaroba. Sentiasa dalam ikatan kasih sayang,hormat menghormati. Dilimpahi rezeki yang halal .Kesihatan yang baik. Dalam landasan agama yang diredhoi. In fact semuanya yang baik baik sahaja. Yang tenang tenang sahaja.Amiin.
Thats all folks. Senyum selalu.
Harini ada tetamu.
Adik sekeluarga yang dirindu.
Ehhh...nak masak apa ya nak berjamu?
No comments:
Post a Comment