Wednesday, June 24, 2020

Selamat pagi murid murid...



Sekian lama pintu ditutup.....

Setelah sekian lama. Hari ini hari mula. Mulanya persekolahan diMsia setelah bertapa sejak PKP 1 March tempoh hari.
Awal pagi terdengar anak bujang rumah sebelah menderum pergi dengan beruniform sekolah . Selamat ke sekolah kembali,young man.
Dah tingkatan lima anak bongsu adik cikli.

Selamat pagi murid murid.
Selamat pagi cikgu
Selamat sejahtera semua.

Begitu lazimnya exchanges and salutations antara guru dan murid sebelum memulakan pelajaran n pengajaran. Aku yang telah sekian lama meninggalkan zaman bername tag dulu masih ingat dengan jelas. Entahlah sekarang ni. Mungkin dah ditukar dengan salutasi dari benua Arab maybe..

Sesuatu yang jelas,persekolahan hari ni ada specialnya yg tersendiri. Hanya utk kelas peperiksaan saja setakat ini. Eh bukan tadika dan pra juga dah buka semula kan? Confuse sekejap.
Dan pelajar yang hadir ke sekolah terpaksa mengikuti SOP sekolah tersendiri.
Temperature? Checked
Social distancing? Checked.
Apa lagi ya selain dua perkara ini.
3S...jangan lupa
Semoga anak2 yang pergi ke sekolah hari ini dilindungi Allah swt dari pancaroba Covid19 yang masih belum hapus sepenuhnya.

Murid murid sekolah rendah dan pelajar2 non exam classes masih belum ke sekolah. Study from home..gitu kaedah. Tapi dengan infra structure kita berapa ramai yang bertuah. Ada kemudahan utk berinternet di rumah.
And this makes me angry at the klepetokrats and opportunis yang merenjatkan kemajuan kita dalam bidang pendidikan.Billions yang diperuntukkan utk kemajuan pendidikan entah kemana ditaburkan. Hope justice is delivered dan mereka ini semua dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kebeborokan.

Selamat kembali ke sekolah anak anak.
Rebutlah peluang utk memajukan diri dengan ilmu pelajaran.
Jangan disia siakan.

Masih terang dalam ingatan perjalanan persekolah sendiri yang penuh kepayahan. Berkat kesungguhan ibu ayah , anak2 dapat meningkatkan taraf kehidupan.
Aku hanya anak seorang peniaga makanan dijalanan......
Sekarang, walau tak mewah kehidupan, tapi syukurlah ada makan dan bumbung utk berteduh dari hujan. Dan anak anak ku juga boleh melihat dewan konvokesyen. TQ ba and mak.



bilik darjah di sanitasi


Jarak dipatuhi

barulah murid dibenarkan utk mengaji...


No comments:

Post a Comment