Sunday, May 17, 2020

Covid...perjuangan belum selesai


Gusar juga baca news harini.
Kes covid macam tak mau berlalu pergi.
Ada ada saja mereka yang baru dijangkiti... oh me oh my..bahaya kalau lagu ni.

Kes hampir 400 penumpang Air Asia ke Sabah yang diminta menjalani saringan sbb ada pesakit semasa penerbangan. Jenuhhh.
Kes pemuda 30 tahun yang merindui anaknya tekad berjalan kaki dari Segamat ke Kuala Trengganu juga berita yang menyayat. Ditengah jalan di menemui ajalnya tanpa dapat berjumpa anak. Kesian.
Kes pesakit 90 tahun yang tak pernah jejak kaki ke luar rumah. Namun bila diuji positif covid. Puncanya dari anak lelaki yang tak menunjukkan gejala apa2. Risau  bila terjadi begini.

Syawal tak lama lagi akan tiba. Tiada rentas negeri. Itu sudah kita maklumi. Tapi semalam terbaca yang ada negeri, rentas sempadan daerah pun tidak diberi.
Kesian pada mereka yang terkurung dirumah sudah berbulan. Nak sambut raya pun tak dibenarkan.
My heart goes to orang2 bujang yang tinggal seorang jauh dari kampung halaman.Siang malam nampak dinding rumah sahaja. Nak keluar ke mana mana,bahaya.
Ada permintaan diajukan kepada MKN. Bagilah chance utk orang bujang balik kampung tgk ayah bonda. Dah hampir 3 bulan tak keleh muka mereka. Rindu membara kata mereka.Yang ada keluarga mereka bolehlah beraya dirumah sahaja...Gitu katanya.
Nampaknya,MKN tak mau layan permintaan mereka. No way kata depa.

Entah photoshop atau benar ,semalam terlihat di fb satu posting ni.

Ada ada saja....kreatif tak bertempat sunggoh netizen sini ya.



Sesunggohnya..memang perjuangan menentang musuh yang satu ni belum selesai kiranya. Bertabahlah semua. Kita pasti menang.

Stay Home, Stay Safe.
Ini pesanan pohim.



2 comments:

  1. Rancangan kami bercuti dan buat kenduri aruah dikampung tergendala. Tak pa masih sabar menanti hari yang sesuai. Katanya covid ni tak mati sampai bila-bila. Mcm aids yabg sentiasa ada tapi covid ni lebih merbahaya dan berisiko sebab mudah berjangkit dari luaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua rancangan terpaksa on holdkan...
      Selagi tiada vaksin,selama itu kita dalam keadaan begini. Semalam tonton berita ,di Brazil, keadaan jadi genting. Ratusan ribu dijangkiti. Janganlah kita jadi mcm itu. Risau sunggoh.

      Delete