Friday, July 26, 2019

Jerebu yang kelabu


Tonton world news.
Eropah sedang bermusim panas yg ekstrem.
Melebehi 40 darjah celcius setengah tempat.
Imagine 40 darjah celcius sedangkan 32 darjah pun dah rimas
Lebih lebih lagi disana dikabarkan public places mcm hospital,sekolah tak ada air con. Itu kata news tadi.
Mau masak kepanasan.

Sini dikabarkan berita jelebu eh jerebu akan berlaku.
Menjenguk keluar tingkap semua nampak kelabu
Walau jam dah sembilan suku.
Harap2 mereka yang allergic pada debu, berasthma dapat melalui fasa ini dengan selamat termasuk aku.

Di sini.Panas dan jerebu kehendak alam. Tapi manusia yg memainkan peranan. Mana tidaknya, pokok2 habis ditebang, dibakar .Kilang2 rakus memuntahkan bahan buangan.Bahan buangan orang pun kita sanggup bawa pulang..Semua kerana wang!

Lihat berbondong mereka dihadap ke pengadilan,dalam hati nak kata RASAkan! Tak ingat2 nak hidup senang. Rasuah sedap. Mudah. Tapi bila kena tahulah sakitnya, malunya,takutnya.Aku yang pernah dipanggil sebagai saksi pun gelabah inikan pula kalau kena pertuduhan. Minta simpang dan dijauhi Allah dari kaum kerabatku dan zuriatku.Hidup walau tak mewah, dan  tidak menjalani cara yg salah lebih aman tau...
Begitu juga dengan berhutang....fikir,fikir dan fikir dahulu sebelum berhutang.

Lebih kurang 30 hari lagi....semoga jerebu ini berlalu pergi. Datangkan suasana nyaman,tenteram utk kami sekelian alam.

Ini sebelum cuaca kelabu.

Cik Yam datang melawat

Bawa semua kaum kerabat

Bertanya kabar tuan rumah adakah dalam keadaan selamat

Jadilah... kata Bu dari sunyi sepi....
Nanti balik budak2 tu, riuhlah si adik tgk semua ni.

Salam Jumaat semua. Bye.

.

1 comment:

  1. Jerebu tak habis-habis.
    Siapa yang ada asthma tu, memang kesian sangat.

    ReplyDelete