Monday, August 5, 2019

Satu hari....di HSB.


Been busy lately.
Tapi macam tak dak apa yg produktif saja.
Pegang ni tak siap,pegang tu tak reti, rasa semua tak menjadi.

Kelmarin lagilah..
Awal awal pagi cikson drive suami tercinta cikli menuju HSB.
Dalam pada tu siap juga beg kot kot terlajak pi SP.
Mana tau kalau2 masa mengizinkan dan terlajak kami ke sana nanti.

Jam 8.30 lebih, perkarangan HSB kami masuki
Macam seluloi,kata org Kedah ,aku turunkan cikli dihadapan bangunan dan terus ke belakang utk parkir.
Cuaca baik, tanah nampak kejap,maka aku gamble parking nun dihujung padang yang jalannya timbul tenggelam.
Sambil melangkah menuju bangunan hospital tersergam indah, berharap sangatlah janganlah hujan sehingga I is finis with my job here. Kalau tidak mau berkamping aku dalam keleboq!

Orang tidaklah berapa ramai. Semasa melalui meja pendaftaran, aku dengar nama suami dilaungkan. Tercari2 aku akan cikli. Namun tiada.
Nurse, tadi you ada call nama ni kan?
Kak misi mengiyakan.
Ni nama suami tak ada dalam sistem utk hari ni.
Aiiik? Awat pula.
Pi cari suami ,bawa nombor balik ke sini. Katanya sambil mengunjukkan kad perang itu kpd ku.
Kami tak boleh buat apa2 kalau tak register kat bawah.
Huiiiish...gerutu hatiku.
Cikli ku temui bersama barisan manusia di lorong kanan.
Cikli, you pi kaunter lekas. Ada problem dgn kad you ni.
Dan selepas nego sana sini baru cikli tarik nafas lega. Boleh dapat slot utk hari ini.
Bukan cikli saja tau, yg kena lagu ni. Biasa nampak patient terpinga2 kerana glitch begini.

Kerana tersilap sistem, cikli lambat dapat treatment. Maka lambatlah kami meninggalkan hospital.
Jam dah dua.
Cikli cadangkan ke rumah bapa saudaranya dekat daerah itu.
Vrooom,aku pandu iriz ke arah bertentangan dari jalan balik rumah.
Sampai sekerat jalan, cikli mula was was.
Ni dah bukan jalan dia.
U turn dan masuk simpang ke Pendang. Keluar pekan masuk pekan kecil Langgar tapi cikli lupa mana rumahnya.
Rumah bapa saudara sendiri pun boleh lupaaaaa....
Dulu tak dak highway.
Dulu rumah sebiji dua. Sekarang dah macam cendawan tumbuh..
Masuk sini,keluar sana
U turn sini, undur sana.... rumah pak saudara entah dok kat mana..
Cikli,cikli.... dah pelupa ya.
In the end, cikson terus jalan balik Kangar.Tak kuasa nak pening kepala. Call nombor adik beradik tak berangkat pula.

Nampaknya bertambah tugas hamba....belajar waze kalau nak kemana mana. Tak boleh rely kat cikli saja..
Rupanya di saat tua, bertambah tugas seorang bernama saya.
Driver, banker, provider.... sebut saja apa yg tak ada
Doa ku panjatkan agar aku kuat ,sihat dan tabah menghadapinya.

1 comment:

  1. Tak pa Kak Son jadi serba boleh.Macam saya ni memandu pun tak boleh. Kemana pun kena pakai dreba..😀😀😀

    ReplyDelete