Really ...banyak kerja sunggoh akhir2 ni .
Bermula dari bulan puasa lagi.
Tak berehat lagi dengan erti kata sebenar...mentally and physically.
Dalam bulan puasa saja,tiga kali cikson ulangalik Alor Setar HSB utk rawatan mata cikli. Dari awal pagi hingga ke petang berumah tangga di lorong kecil berhimpit manusia. Klinik Pakar Mata tempat kami bertapa.
Dan selepas hiruk pikuk sambutan raya, aku sekali lagi ke sana. Kali ni kena bermalam pula. Dan kaki ku yg lemah terpaksa ku heret sini sana. Sekejap ke cafe beli makanan, sekejap ke parking lot ubah kenderaan. Naik turun lif ,keluar masuk kawasan bersekuriti , ke pendaftaran dan mana saja yg aku diarahkan...
Sampai satu masa... mau saja aku berpaut pada orang dihadapan ku ketika berbaris menunggu makanan....
Betul2 longlai .
26 haribulan ni ,ada lagi appointment dengan HSB.
Hari tu sebelum bertolak ke HSB, aku plan nak tinggalkan si Bu yg beranak kecil di luar. Dalam kelam kabut mengejar waktu, anak2 Bu yg ada dalam kotak bawah meja pula went MIA. waaaaaaaaa,nak buat mcmana. Terpaksa aku relakan Bu menjaga anaknya di dalam rumah semasa ketiadaan kami.
And then... bila balik, seperti dijangka....kerja buat ku!
Dah memerut si BU ditempat yg tak sewajarnya. Bilik air yang pintunya ternganga buat dia, tak ada pula digunakan.
Penat drive,penat berurusan di hospital dah bertambah beratus persen . Kerja2 pembersihan perlu dilakukan sertamerta.Aduhai....
Hujan ribut di Perlis sehari dua ni membantut kerja kerja mendobi. Matahari baru menjenguk pagi ni. So apalagi,ayuh kita cuci pakaian yg dah berhari. Tapi awan mendung dilangit menandakan matahari tak lama menyinari.
Hujung bulan.... selain ke hospital ,ada lagi aktiviti cikli cikson suami isteri. Semoga kami diberi kesihatan utk ini. Dan segala apa yang dirancang dapat dijayakan. Semoga Allah yang maha esa merestui kami dan memberi kemudahan dan rahmatNya buat kami.
Tell you..I have my hands full all these while. Tapi manisnya bila jari jari ku digenggam erat si Fateh yg mengajak aku memimpinnya berjalan. Baby yang baru belajar berjalan mahu menjelajah ruang RBL. Maka menapaklah aku bersamanya . Sekejap ke pintu gelongsor mncari ayam,kucing dan burung. Sekejap ke ruang depan utk menonton tv.Sekejap ke bilik cari ibunnya.
Such a wonderful time. Watching this toddler and his antics. Pandai mengajuk dan meniru aksi orang dah. Juga boleh dah tolong mop lantai dan perabot RBL...
To ease my mind, watching his videos is my favourite pastime.
This is one...
Selamat hari raya
ReplyDeletepB,selamat hari raya yang tertunda. Thank you.
Delete