Saturday, June 22, 2019

Hospication....berholidaaay di spital.

Tak terbilang dah dengan jari, aku kena staycation kat hospital menemani cikli . Ada ada saja sakitnya yang memerlukan rawatan intensif dan di wadkan.

Sekali seperistiwa...
Cikli muntah,cirit non stop. Hari pertama dia masih enggan utk dapat rawatan hospital. Hanya mahu ke klinik. Namun sakitnya menjadi jadi. Maka tgh malam itu aku panggil ambulance. Merasalah aku naik ambulance iringi cikli. Berdesup lajunya. Mau terhoyong hayang aku didalamnya.
Tiba di emergency, cikli disorong ke dalam bilik rawatan. Maka menunggulah aku diluar hingga embun jantan jatuh ke bumi. Dan dingin malam harus ku harungi utk ke bhg pendaftaran bila cikli sah masuk wad. Kecut perut aku berjalan dari bangunan emergency ke Bangunan baru HTF. Macam2 aku rasa.
Kali itu ,cikli dapat wad kelas pertama nun ditingkat 6. Seorang sebilik. Memang selesa namun airconnya...allahu siksa. Mengalahkan musim sejuk dibenua Antartika. Sejuk sangat2. Teringat aku musim dingin /luruh di Scotland thn 1984.

Kemudian dua tiga kali...mungkin lima enam,cikli kena warded dimacam2 wad. Ada tempat yang menempatkan sehingga 20 orang lebih. Pesakit hanya dipisahkan dengan dinding rendah dan partition langsir. Meriah di sini. Lebih2 lagi waktu melawat. Ada pesakit yg popular yang setiap kali masa lawatan,seluruh kampung berkampung disekeliling katilnya. Dari tokwan,toknek sampai bayi dalam buaian pun diangkut datang.
Satu hal juga bila ramai2 begini, ada yang senperut. Senak perut. Masam berdengung,tengik menguasai ruang. Jenuh tersiksa penghuni katil yg lain.

Bagaimana aku harungi siang2 dan malam2 ku di sana?
Inilah gambarannya.
Andai ditempatkan dalam wad berhimpit2,maka atas kerusi plastiklah aku cuba melelapkan mata. Dan kalau diwad yg selesa bolehlah aku menghampar cadar atau tikar getah dilantai . Adakala kerusi malas aku heret ke wad utk keselesaan ku.
Dan bila hari hari begitu, sudahnya seakan zombie sang penunggu.

Dalam staycation hospital itu, ada juga terasa bezanya layanan dan suasana bila lantai wad berbeza.
Di tingkat bawah...misi2 penuh tangan. Tak menang tangan nak layan pesakit. Keluh kesah pesakit tidak dapat diambil tindakan segera.
Namun di wad eksklusif ,suasana berbeza. Ramah tamah misi2 disini. Tingtong bunyi loceng ditekan pesakit. Maka meluru sang misi menghampiri pesakit.Adakala cikson lihat,pesakit macam mengada pun ada. Sikit2 tekan loceng,sikit2 tekan loceng. Macam2lah kerenah .Termasuklah ahli keluarga. Demand tak kena gaya.

Cikli bernasib baik sbb boleh mendapat bilik single bed guna gl anaknya.Namun tak selalu juga boleh dapat bilik berprivasi ini. Tergantung atas kekosongan. So bila kena warded mana2 pun,kena akur dulu . Jangan merajuk.

Hehe...gelihati bila lihat telatah si kenit merajuk.Pandai dah si adik melahirkan perasaan . Thats it boy...jangan dipendam perasaan yg ditanggung. Lahirkan dia. Jangan biar dia menggunung.Sometimes an old folk learn a lesson or two from a toddler.

Thats all folks. Bye.



2 comments:

  1. saya harap, jika saya sakit nanti saya tidak akan menyusahkan sesiapa hatta anak sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah juga harapan saya,IM. Semoga pengakhiran saya tidak menyusahkan . Teringat emak saya yg sentiasa berkata begitu. Alhamdulillah, dia pergi dengan senang dan tidak menyusahkan anak2 cucu sedangkan dia bersusah payah utk mereka dan saya.Alfatihah buat almarhum.

      Delete