Sayu dimatanya |
mengharap.. |
Berharap... |
Cuaca panas. Restoran yang dituju tutup pula hari tu. Maka kereta ku pandu melalui jalan yang akan membawa aku pulang ke Kangar.
Ternampak sebuah restoran yang pada fikiran ku ok lah . Turun dan pesan makanan ,selepas itu mengambil tempat di sebuah meja.
Ramai juga pelanggan tengah hari tu.
Tiba2 seekor kucing warna kuning dengan lenggang lenggoknya santai saja menuju meja kami.
Mula2 buat muka kesian.
Perhati kami dengan wajah meminta penuh makna.
Takut pekedai tidak suka pelanggan menjamu makanan pada kucing, kami terus makan saja.
Sikucing kuning masih menunggu. Sayu.
Cikli ketepikan secebis ikan dan meletakkannya di luar kedai.Sedikit sangat.
Kesian dia. Mungkin tidak kenyang dengan saki baki lauk itu.
Seekor ikan temenung goreng aku beli dan letak diluar kedai.
Nak makan ni. Makcik sedekah.
Cepat dia menerpa ikan itu. Ingat dia nak makan di situ.
Rupanya digonggong ikan itu sambil mengiau panjang.
Ohh..ucap terimakasih ya.
Sama sama.
Lepas itu aku lihat laju saja di menyeberangi jalan menuju deretan kedai dihadapan. Ikan temenun goreng dalam mulutnya.
Mungkinkah anak2 dia sedang lapar menunggu.
Atau pasangannya yang sedang sakit....
Selesai makan, aku pandu kereta utk pulang.
Tiba2 berderau darah.
Seinci saja mungkin aku terlibat dalam kemalangan. Mujur sempat brake.
Mungkin seringgit yg ku sedekah utk kucing itu menyelamat aku dari kena habiskan beratus utk betulkan kereta. Syukur sangat.
Teringat akan amalan ibu ku.... sedekah sentiasa jadi amalan hidup dia walau dia juga kesempitan.
Maka, kuih yg dimasak, daun sireh dipohon, antara sedekah dia.
Dan dia bersedekah bukan saja pada sesama bangsa malah bangsa dan agama lain.
Maka bila aku berada dalam kedudukan yg boleh berkhidmat pada orang lain diluar atau didalam tuntutan kerja,aku amalkan moto ini.
INI sedekah. Mungkin bila anak2 cucu saya dalam keadaan yang sama, adalah orang lain yg menolong mereka.Insha Allah.
Thats all folks.
Kadang2 gambar gambar mengimbau kenangan....juga amalan buruk baik seseorang.
Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan ragamnya,jasanya,moralnya.
Bye..
No comments:
Post a Comment