Saturday, July 21, 2018

Tamu pagi pagi


Dari daun pintu yang terbuka,aku buang pandang ke halaman rumah.
Waaah...meriah depa .
Sekumpulan ayam ayam ku lihat sedang rancak memagut di rumput. Entah apa yang mereka makan,aku tak keruan.
1,2,3...aku membilang. 7 semuanya.
Ada bapa,ibu dan anak anak mereka. Masing2 leka dengan kerja. Mematuk dan memagut sesuatu.

Ke silding door aku melintas.
Bunyi saja kunci ku pulas,tiga beranak menerpa bingkas.
Waaah.. awalnya depa
1,2,3..aku membilang. Eh ada tambahan. Seekor yg kecil pun ada datang.
Ada emak,ada kakak dan ada adik. Yang kecil tu entah dari mana dia datang . Menumpang kasih sayang.

Itulah tetamu RBL saban hari.
Setiap pagi mereka akan singgah ke sini
Walau hati marah kerana kunjungan mereka akan menambah kerja hakiki
Membuang enapcemar yang ditinggalkan dilantai porch untuk dicuci..

Kadang2 mengikuti telatah dan tingkah mereka buat aku gelihati.
Si Bu atau Kelabu,lagak ayu namun hati dia penuh kasih sayang
Selalu aku lihat dia yang bersusah payah menjaga anak2 kecil Ninsandaq berbanding nina sendiri. Bersusah payah dia mengheret mereka masuk sangkar. Atas badannya adik2 dia menumpang tidur.

Nina.mana babies? Aku tanya
Nina buat dont know.
Dah nyanyuk kah dia. Lupa pada anak2 kecilnya. Aku hairan lihat perubahan kelakuannya. Kesian mereka yg tidak mendapat perhatian ibu mereka.

Satu petang ,aku terlihat sketsa yg menggelikan.
Cikli ku lihat berjalan menuju rumah ibubapanya.
Di belakang Nina, Bu dan Monkey turut serta. Itulah mereka. Asyik mengikut kemana saja.
Ku lihat si kecil tampung berlari mengekori dari belakang. Dia pun sama ingin pergi sama ke sana. Tiba2 Monkey ,berpaling dan menampar sikecil.
Jangan ikut kami! itu agaknya kata Monkey pada anak kecil itu.
Si Tampung akur dan berundur.
Aku lihat dua kali kejadian itu berlaku.
Amboi Monkey sombongnya kau. Macam kakak tiri.

Thats all folks
Kadang2 benda simple simple kalau dihalusi ada cerita tersembunyi...
gambar semasa musim pilihanraya
meriah dgn poster dan ayam2 bersukaria

Nina anak beranak
entah apa yang mereka nampak

Mungkinkah begini serabut fikiran seorang emak
Semua singgah di kepala menyemak

No comments:

Post a Comment