Sunday, December 31, 2017

2017... kala penghujung sudah mari,maka berseronoklah insan sana sini..


Ewah... tajuk bukan main sakan.
Tapi ceritanya tak adalah apa sebenarnya.. just saja nak ceritakan.

AMBOI... Laju depa. Ditraffic lights aku terjumpa.
Berderet deret motosikal kuasa besar berlumba lumba
Menonong aku tengok ragam mereka.
Ada yang ada awek membonceng kat belakangnya....lucu pun ada bila membonceng motor besar ni. Melekat macam katak hijau takut diterbangkan angin pun ada. Aku ketawa..

haha... mcm ni la adanya.


Zuuuup... depa menghilang dari pandangan .Sekelip mata.

Kawasan klinik aku masuki untuk ambil my dear cikli.Lepas beli makan tgh hari ke RBL aku kembali.
Tengah tengah rehat selepas makan,telinga menangkap bunyi deruman.....
Eh..apakebende tgh hari ni. Lalu depan rumah kami.
Jendela ku jenguk..ada konvoi moto lagiiii. Kali ni motor kuasa kecil Yang menunggang rasanya anak anak muda. Bergaya juga. Risau pula aku tengok mereka. Ke tepi ke tengah macam orang mabuk vodka...aduhai. Jalan depan rumah bengkang bengok  pula..

Cuaca di Perlis mendung saja. Sekali sekala angin bertiup dengan hebatnya. Meliuk lentuk dahan kelapa yang dah botak kepala. Dari kaca pintu gelongsor aku menangkap susuk tubuh si Teh anak ninasandaq. Nyenyak tidurnya.
Mana yang lain? Tak nampak pula.
Bila ku amati, bukan teh saja yang berteduh di bawah rimbunan daun pohon jambu yang rendang.
Sepasang ayam belaan tokwan pun ada bersarang.
Eh mana ninasandaq. Baik betul ayam ayam tu dengan teh.
Sunggoh Satu Malaysia..

lena tidurnya

ibu ayam menemani si teh ni



Tapi apa yang ku dengar di satu pagi semasa aku sedang menyabit rumput dari corong pembesar suara buat aku terpana...
Toksah dok Satu Malaysia sangatlah....depa...bla bla bal...kata penceramah tanpa waspada..
Teringat aku kembali pada harmoni di JPL Kulim satu masa dahulu. Walau slogan satu Msia belum ada, kami berkawan tanpa mengira kaum,bangsa dan agama. Tak kira Islam,Budha atau Hindu.
Satu masa dulu....itu dulu..

Tentu anak anak muda berkira 2,menyambut tahun baru 2018 dengan bergaya. Apa apa pun keselamatan dan batas2 pergaulan harus dijaga. Agama juga jangan lupa ya.

Happy New Year...
Bye..

Buat persediaan apa ya utk sambut 2018 ?
Ni ha.... cikson punya persiapan..

Buku catatan perbelanjaan....


No comments:

Post a Comment