Tuesday, October 17, 2017
Risau sang ibu
Entah kali ke berapa Ninasandaq terberanak lagi. Productive sunggoh dia. Kali ni dia melahirkan 4 cutie mutie berkaki empat yg chomel you all.
Setelah sekian lama membawa perut yang boyot ke sana sini,akhirnya nina melahirkan anak di bawah meja cikson selalu berkarya. Tempat lain dia tak mau . Jadi bila lihat dia gelabah sana sini mencari port sesuai utk dia jadikan wad bersalinnya,cikson gantung kelambu tirai utk dia mendapat privasi.
Besen dilapik kain buruk dan diletak dibawah meja utk dia.
Akhirnya.... 4 ekor semuanya. Cuma yang aneh seekor ada macam tali pusat terjuntai2 hingga hari ke berapa entah. Lalu ambil gunting dan tolong leraikan.
Hari ni baby nina dah besar sedikit. Dah laju jalannya merayap2 . Sekejap sekejap terlepas mereka jauh sikit dari tempat mereka. Nina tangkas menarik mereka balik berlindung dibawah meja. Takut anak anak dia hilang agaknya. She's one protective mum. That she is.
Risau sang ibu bukan hanya nina sahaja.
Bohonglah kalau aku terlepas dari segala perasaan risau. Dengar kata anakanda tak sihat, macam masa itu juga aku nak terbang . Namun kebelakangan ini,my feet are tied to RBL. Until cikli's condition is ok,nampaknya disini aku .
Risau juga dengar cucu nan satu demam. Semoga ayah ibu dapat melalui semua keadaan dengan tenang.Membesarkan mereka berempat,tidak kurang pengalaman aku melalui detik detik cemas bila ada anak anak yang sakit. Dan antaranya adalah masa aku menunggu hari melahirkan yg ketiga bila yang kedua jatuh sakit dan demam panas. Dua malam aku mengerikut atas katil utk kanak2. Just imagine that,after the sick was discharged aku pula masuk labour room. Cerita aku terpaksa memakai kain berendam darah dan anak lecun dgn kencing buat aku satu kenangan yang tak luput dari kenangan.
It teaches me too that even with every precaution that had been taken, kalau dah akan terjadi,maka dia akan terjadi. Kun fayakun.
Thats all folks . Bye.
Labels:
bila.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya pon semalam dok risau sebab walaupun dah Maghrib, Marina masih tak balik rumah. Dalam mulut dok beletiaq, saya dapat satu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Wanita tu introduce sebagai jiran baru dan ada anak kembaq pompuan 2 orang umoq sebaya Marina dan depa tengah dok makan kat rumah. Satni lepaih makan baru Marina akan balik katanya. Phew!!!
ReplyDeleteSelagi namanya ibu... risaunya kadangkala tidak bersebab dan tidak bertempat. Pantang anak hilang dari pandangan, selagi tidak kembali selagi itu hati berkata-kata...
ReplyDelete